FIKRE
FIKRE
SALEM - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) beragama Islam memfailkan saman ke atas Biro Siasatan Pusat (FBI) dan Jabatan Negara atas dakwaan bahawa dia didera pihak berkuasa yang menerima arahan dari Washington semasa ditahan di luar negara.

Yonas Fikre turut menuntut ganti rugi AS$30 juta (RM93 juta) termasuk injunksi bagi menghalang kerajaan AS melakukan tindakan sama ke atas orang lain.

Difahamkan, Yonas mula menjadi sasaran FBI selepas dia memutuskan untuk berpindah dari Oregon ke Sudan bagi membuka perniagaan runcit elektronik di negara Afrika Utara tersebut pada 2009.

Pada April 2010, dia diperintah hadir ke Kedutaan AS di Khartoum dan disoal siasat oleh dua ejen FBI yang mahu mendapatkan maklumat mengenai jemaah di Masjid al-Saber di Portland.
Keengganan Yonas untuk menjadi pemberi maklumat  FBI telah mencetuskan kemarahan ejen tersebut.

Selain itu, Yonas turut mendakwa dia pernah ditahan selama 106 hari dalam kurungan bersendirian.

Dia juga dipukul beberapa kali oleh pihak berkuasa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menerima arahan dari AS pada Jun 2011 selepas ahli perniagaan tersebut memperoleh permit kediaman  setahun sebelum itu. - Press TV

sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/lelaki-islam-saman-fbi-jabatan-negara-as-1.167084