KAWASAN penempatan, mahupun kemudahan yang
terbiar tanpa digunakan untuk tempoh yang agak lama, layak digelar
sebagai tempat 'berhantu' kerana ia menimbulkan perasaan takut kepada
mereka yang melihatnya atau bersiar-siar di situ.
Hal ini kerana, pada masa dahulu, kawasan dan kemudahan ini adalah
merupakan lokasi strategik bagi orang ramai, bukan sahaja untuk mencari
rezeki, malah untuk bersosial dan berhubung.
Di beberapa kawasan di dunia ketika ini, masih terdapat kapal
terbang, kereta api, rumah-rumah dan juga lapangan terbang serta lombong
yang kesemuanya terbiar sejak berdekad lalu.
Fenomena ini agak pelik kerana ada antara bangunan dan kemudahan itu sebenarnya masih elok dan mampu menjana ekonomi setempat.
Namun, ia kekal berdiri sebagai monumen, rentetan kepada keadaan
ekonomi yang berubah, pergolakan politik, peperangan dan bencana alam
buatan manusia tetapi terbiar begitu saja.
Kita mungkin masih ingat akan bencana nuklear Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Ia mengakibatkan kira-kira 50,000 penduduk dari bandar Pripyat yang
terletak tiga kilometer dari lokasi kejadian itu terpaksa dipindahkan.
Kini selepas 27 tahun tragedi tersebut, bandar itu yang diisytihar
sebagai zon tercemar dibiarkan tanpa sebarang penghuni dan menjadi
'bandar berhantu'.
Bagaimanapun, ia mula menjadi destinasi pelancongan popular kembali,
kerana tinggalannya seperti kompleks dan penempatan loji nuklear, Istana
Kebudayaan dan tapak pesta dengan roda berpusing masih tersergam
sehingga sekarang dan menarik kunjungan orang ramai.
Selain di Ukraine, bandar Kolmanskop di Namibia, selatan Afrika turut
menerima nasib serupa menjadi bandar perlombongan berhantu selepas
ditinggalkan sejak 1950-an.
Ia menjadi sepi selepas Perang Dunia Kedua dan kejatuhan harga
berlian menyaksikan syarikat lombong di situ menutup operasinya dan
berpindah ke wilayah Oranjemund.
Keadaan itu mengakibatkan rumah pekerja lombong yang terbiar mula
dimasuki pasir dari gurun dan ia kini dimasukkan ke dalam Taman Negara
Sperrgebiet di Namibia.
Hal serupa turut berlaku di bandar Varosha yang merupakan destinasi popular pelancongan pantai yang terletak di utara Cyprus.
Pencerobohan Turki pada 1974, bagaimanapun menyaksikan
bangunan-bangunan hotel tersergam indah di situ terbiar sepi dan ia kini
dipagar bagi mengelak dimasuki penceroboh.
Turut menerima kesan serupa akibat pencerobohan Turki itu adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia.
Ia pada mulanya merupakan lapangan terbang utama bagi negara
kepulauan itu, namun sejak insiden berkenaan, beberapa pesawat, malah
ruang utama kemudahan tersebut dibiarkan begitu sahaja sehingga kini dan
ia menjadi kawasan yang sunyi.
Di Amerika Syarikat (AS), bangunan terbiar yang paling popular dan
ditinggalkan begitu sahaja adalah Stesen Sentral Michigan di Detroit
yang merupakan hab industri keluli dan automotif negara itu.
Selama beberapa tahun, stesen itu yang menempatkan depot kereta api
di pinggir bandar Detroit terus berdiri gah sebagai simbol yang
menghantui kejatuhan bandar tersebut.
Kereta api terakhir yang menggunakan stesen itu ialah pada 1988,
tidak lama selepas Honda Accord muncul sebagai kereta terlaris di
Amerika.
Seiring dengan tema industri, kewujudan kubur besar kereta api di
daerah Uyuni, selatan La Paz dekat Bolivia dan di Thessaloniki, di
Greece menjadikan kawasan itu turut muncul sebagai sebuah lokasi yang
agak pelik dan menakutkan.
Kepulauan Battleship di Jepun, turut menjadi mangsa 'penempatan
berhantu' setelah industri lombong arang batu di bawah pulau itu
berhampiran Pelabuhan Nagasaki dihentikan.
Hal ini kerana, kompleks kediaman yang didiami pekerja dan keluarga mereka terus dibiarkan kosong selepas ia ditutup.
Selain kawasan penempatan terbiar di Jepun, taman tema Nara Dreamland
juga menjadi taman hiburan 'berhantu' selepas ia tidak terusik sejak
ditutup pada 2006, berikutan kekurangan pengunjung, walaupun telah
beroperasi sejak 1961.
Sementara itu di Britain, kubu Maunsell Forts yang terletak di muara
Sungai Thames turut tidak terkecuali menjadi kawasan yang menakutkan di
negara itu.
Kubu itu, yang dibina semasa Perang Dunia Kedua bagi mempertahankan
Britain ditutup sekitar 1950-an, namun digunakan untuk pelbagai aktiviti
lain selepas itu.
Namun, sebuah konsortium kini bercadang untuk memelihara semula kubu itu di bawah Projek Redsands.
Arkib Blog
-
▼
2013
(1402)
-
▼
Jun
(141)
- Biodata Ustaz Azhar Idrus
- Homestay... Cara jutawan hartanah set up homestay.
- Homestay Jadi ‘Port’ Rogol Gadis Bawah Umur
- Program 'Homestay' Malaysia diiktiraf antarabangsa
- [sabak bernam ]Karaoke ala disko kena serbu
- PROMOSI GIANT TERKINI
- KOLEKSI GAMBAR MENARIK DARI HASIL KAMERA UTZ AZHAR...
- Live Streaming Johor Darul Takzim (JDT) VS Kelantan
- Live Streaming Final Piala FA 29 Jun 2013
- Biodata Mohd Pierre Andre
- Pembunuh Dirang dihukum gantung sampai mati
- [VIDEO] Majlis Akad Nikah Pierre Andre & Yaya Hashim
- The #haze might be over, but we should continue he...
- Audi Q7 jika menang Piala FA
- es & Gentlemen, Get Ready for Malaysia's Battle of...
- Hanya perlu belanja RM2 sehari untuk menang Samsun...
- BELAJAR ASAS GITAR MUDAH VERSI VIDEO
- [KUALA TERENGGANU] Budak didera bapa tiri
- homestay berdekatan dengan UMT dan UniSZA
- Superkomputer China lebih pantas berbanding AS
- Aktres Pakistan disimbah asid
- [SHAH ALAM] UNIFORM MENYERUPAI POLIS
- Ladies, you'll love what you see!
- Hanya RM8 sehari untuk memiliki kereta ini! Betul ...
- Can you imagine a wet dance party happening at a s...
- [ALOR STAR] KUBUR MISTERI TAK IKUT ARAH KIBLAT
- wa
- JOM BUAT DAGING BURGER
- Awang Hitam Tak Mahu Buka Pintu
- 'Awak gemuk tapi comel'
- LIRIK LAGU Huzaifah Ibnu Yaman D'Cromok
- BIODATA CIKGU SHIDA
- [LAWAK TERBAIK ] SENARIO RAYA 1996
- Singapura Di langgar Todak (1961)
- TIDAK BERMORAL - PELAJAR DAN NELAYAN DI CEKUP
- Wanita kongsi kisah silam dirogol bomoh
- Tukang urut ditemui mati
- Misteri kehilangan Chin Aik - MANGSA RUNTUHAN ROD ...
- Cabul: Pelakon nekad saman pengarah
- [PUCHONG] BEKAS ISTERI DIGIGIT DAN DI PIJAK
- Baik Baik Sayang film Wali Band Full Movie
- Petanda seseorang mempunyai saka
- BIODATA USTAZ Don Daniyal Don Biyajid
- Tempat berhantu tarik pengunjung
- Maggi ketam bangkit selera,
- pc fair 2013 seluruh malaysia [pikom]
- cara buat daging burger
- Misteri Kematian Angkasawan Yuri Gagarin Terbongkar
- Tangguh niat berhijab, Rossa dikritik
- ops sayang di johor bahru
- Peminat Facebook & Makeup? Tak rugi join peraduan ni!
- L4D fans will love this movie!
- HUKUM KAWIN SEPUPU
- Tujuh serbuan cari janda
- FENOMENA SEJADAH WANGI DI MALAYSIA
- POLIS buru Halimah
- Adam Corrie cari guru agama
- Khalwat: Sarjan tentera kantoi
- [kisah benar] kisah cinta 20 sen
- Biodata Nabi Muhammad S.A.W
- HARGA DAN SPESIFIKASI PROTON SAGA SV
- Layak ke diorang jadi pemenang Rumah Terbuka Raya ...
- [KREATIF] PENGUIN DARI BOTOL PLASTIK
- Kubur Mandela sudah sedia?
- [berita] Padah maksiat isteri orang
- KENAPA ISLAM HARAMKAN LELAKI MEMAKAI EMAS
- Ikan Keli Tercekik Bola
- ikhlan says terkini
- 10 senaman naikkan ‘mood’ pasangan
- anjing kunyah jari kaki
- suami suruh isteri cium kakinya
- 2 isteri kembali 'power'
- XPERIA TABLET Z
- SPESIFIKASI DAN HARGA PROTON SAGA SV
- [TANAH MERAH] GIAN TANGKAP ULAR
- Maahad Tahfiz TIKAM BATU TERBAKAR [SUNGAI PETANI]
- See this turtle? You can help them with your voice.
- Undilah Ramli Pilihan Anda & Menang Tiket ke Sydne...
- Girls, kalau awak Lea .. Korang maafkan Kalil tak?...
- Bet you’ve never experienced a test drive like thi...
- Are You Man Enough For This Challenge?
- AKIBAT KOREK HIDUNG SELEPAS PRU13
- LIRIK DAN KORD GITAR POLITEKNIK SEMALAYSIA
- Got an idea? Pitch it and make it real!
- [KUALA NERANG ] ORANG HILANG
- MISTERI 2 KUBUR
- PELIK !!! MENULIS SECARA TERBALIK
- BAYI MICHELIN
- UNTUK CIKGU KU SAYANG
- HANTU VS WANITA
- GAMBAR LAWAK MR BEAN DAN PEMAIN BOLA SEPAK DUNIA
- Bantu Aliff Asyraff Berjalan Semula
- Think you can kill mosquitoes like these 3 guys? H...
- LOGO BARU PETRONAS
- TARIKH LAHIR ANDA DALAM BULAN ISLAM ??
- [MOTIVASI DIRI] CINTA AYAH TIRI
- Gadis dilarikan lelaki Dayak dirayu pulang
- Senarai Lokasi Pasar Malam di Kuala Lumpur (KL) 2013
- Lagenda Budak Hostel Official Trailer
- E-BOOK PERCUMA - MENU INDONESIA
-
▼
Jun
(141)