Lirik Lagu D'Cromok
Huzaifah Ibnu Yaman
Waahidun min asha bu nabi
Huzaifah Ibnu Yaman
Kaana ahlas sufi
Huzaifah Ibnu Yaman
Wakaana sodiqun nabi
Huzaifah Ibnu Yaman
Kaana ahlas sufi
Huzaifah Al-Yamani adalah salah seorang sahabat Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Bapa Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abbas. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Madinah dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini.
Digelar
sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi salallahu
alaihi wasallam mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui
strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy.
Beliau menjalankan perintah Rasul salallahu alaihi wasallam dengan
menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu
tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah.
Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nahawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nahawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.

Menurut catatan sejarah, di antara sekalian sahabat Nabi, yang pertama sekali menjadikan ibadah secara satu Tarekat yang khusus, adalah sahabat Nabi salallahu alaihi wasallam yang bernama Huzaifah Bin Al-Yaman, seorang sahabat nabi yang mulia dan terhormat. Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu-ilmu yang kemudian hari kita kenal dengan Tasauf dan beliaulah yang membuka jalan serta teori-teori untuk ini.
Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : “Kami
lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari
salah seorang sahabat Nabi yang lain dari tuan, dari mana tuan peroleh
akannya?” Jawabnya : “Rasulullah salallahu alaihi wasallam telah
menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah salallahu
alaihi wasallam dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau
dari hal yang jahat-jahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar
mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya.” “Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan. “ Demikian kata Huzaifah Al- Yaman.
Dalam keterangannya yang lain tersebut : “Banyak orang yang bertanya kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam : “ Ya Rasulullah, apa pahala mengerjakan ini dan itu
? “ Mereka menanyai Rasulullah salallahu alaihi wasallam darihal
fadhilat-fadhilat amalan, tetapi saya selalu berkata kepada Rasulullah
salallahu alaihi wasallam :” Apa yang merosakkan amal ini dan amal itu, “ Seraya menanyakan pelbagai perosak-perosak yang akan merosakkan amalan-amalan.”
Kata seorang ulama Tasauf, Abu Talib Al- Makki : “Huzaifah
bin Al-Yaman telah di tentukan mempunyai ilmu mengenai orang munafik.
Dia sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat
munafik, rahsia-rahsia ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai
ilmu tentang keyakinan yang tersembunyi di antara sahabat-sahabat Nabi
salallahu alaihi wasallam. Misalnya Umar Al-Khattab tidak mahu turut
menyembahyangkan seorang yang wafat, kalau di lihatnya Huzaifah Bin
Al-Yaman tidak turut menyembahyangkannya. Kerana Huzaifah mempunyai
pengetahuan tentang ilmu mengenal kemunafikan kerana di ajar oleh Rasul
salallahu alaihi wasallam yakni dia tahu siapa yang munafik dan siapa
yang tidak”
Demikianlah,
pada masa hidupnya, di sekeliling Huzaifah Bin Al-Yaman, telah berdiri
suatu madrasah kecil yang terdiri dari sebahagian sahabat-sahabat,
misalnya Wasibah, yang terkenal dalam suatu riwayat, yang mengatakan :
“Saya telah mendatangi Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Saya tidak
hendak membiarkan sesuatu kebaikan atau kejahatan melainkan saya akan
tanyai Nabi dalam hal tersebut. Saya langkahi orang banyak untuk sampai
ke tempat Nabi salallahu alaihi wasallam. Sahabat-sahabat mengatakan, “
Jauhlah engkau, hai Wasibah dari Rasulullah salallahu alaihi wasallam”
Tetapi saya katakana pada mereka : “Biarkanlah saya mendekati baginda
rasul , kerana beliaulah manusia yang paling saya cintai.” Kemudian
Rasulullah salallahu alaihi wasallam berkata kepada Wasibah : “Hai
Wasibah, saya datang mengkhabarkan kepada engkau mengenai maksudmu
datang ini atau engkau yang akan menanyakannya kepada saya?” Jawab
Wasibah: “Tuanlah Rasulullah yang mengkhabarkannya kepada saya .” Kata
Nabi salallahu alaihi wasallam. : “ Engkau datang hendak menanyakan
apakah kebaikan itu dan apakah dosa itu.” “Benar, ya Rasulullah,” jawab
Wasibah. Lalu Nabi mengumpulkan sekalian anak jarinya dan menggaru-garu
dada saya dengan anak jari beliau itu, seraya berkata, tanyalah hatimu,
hai wasibah,” kerana yang baik itu yang tenang di dalam hati dan yang
dosa itu selalu pulang balik di dalam dada manusia, walaupun orang ramai
memberi fatwa kepada engkau dan engkau pun memberi fatwa kepada orang
ramai.”
Hadis
yang di atas tersebut, termasuk salah satu tiang dari Ilmu Tasauf,
kerana Tasauf itu sebahagian besar ianya mengenai lapangan-lapangan
perasaan hati manusia.
Akan
tetapi madrasah Tasauf yang didirikan Huzaifah pada masa itu masih
belum terkenal dengan nama Tasauf, masih sangat sederhana sekali. Belum
ada tersiar riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai madrasah Huzaifah
Al-Yaman ini sebagaimana yang akan tersiar dari madrasah-madrasah
Tasauf pada abad kedua Hijriah, di mana pelbagai ilmu dan
pengetahuan-pengetahuan mengenai Tasauf telah tersiar.
Benar,
madrasah kecil dari Huzaifah itu sendiri akan mendatangkan hasilnya
pada abad depannya, di mana murid-muridnya terus mengembangkan
pengetahuannya sehingga tersebar luas. Walaupun demikian, Imam Sufi yang
pertama di dalam sejarah Islam iaitu Al-Hasanul Basri. Seorang ulama
besar Tabiin, adalah murid beliau dan keluaran madrasah ini.
-Wallahualam.
SabdaRasulullah salallahu alaihi wasallam:
حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك

Maknanya:
Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering
bertanya kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam mengenai
amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan
jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai
Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian
Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas
kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?
Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?
Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.
Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.
Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.
Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.

SUMBER : http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/06/mengenali-huzaifah-ibnu-al-yaman.html