Biarpun senaman itu sebenarnya sebahagian pergerakan dalam pengurusan berat badan, ia turut mampu meningkatkan hormon seperti endorphine, adrenalin, oxytocin dan testosterone di kalangan wanita.
Jurulatih Kecergasan Celebrity Fitness, Dzullidain Razali berkata, tanggapan pihak tertentu bahawa senaman akan meletihkan mereka sebenarnya salah berikutan peningkatan hormon berkenaan menyebabkan mereka bertenaga untuk melakukan hubungan intim.
“Seperti endorphine akan mengurangkan rasa sakit sebaliknya memberi rasa nikmat, adrenalin pula membantu meningkatkan prestasi seseorang malah memberi keyakinan.
“Bagi oxytocin atau dikenali ‘cuddle hormone’ memainkan peranan menaikkan emosi antara pasangan dan testosterone yang turut terdapat di bahagian ovari akan mendorong wanita cergas dan aktif seks,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/10senamannaikkan__8216_mood__8217_pasangan/Article