D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

5 Jun 2013

CARA BODOH NAK TENGOK GAJAH...KALAU TAK TENGOK KORANG MATI KE??





Sila lihat video ini gajah liar makan sampah. Video ini melalui Timeline saya di Facebook selepas dikongsi oleh Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Maketab Mohamed di FB beliau.

Bagi yang tidak mempunyai perasaan terhadap hidupan liar dan alam sekitar, video yang dirakam pada 22 Mei 2013 pukul 6.30 petang dan dimuat naik oleh Hew Yee Chong ini tidak akan membawa apa-apa makna.

Namun bagi mereka yang prihatin, ia satu imej yang sukar diterima akal.

Gajah menjadikan bahan buangan yang dilakukan oleh manusia sebagai tempat mereka mencari makanan. Pelik atau tidak?

Jika dulu, kita terpaksa bersembunyi di atas rumah pokok berhampiran jenut di dalam hutan untuk melihat binatang liar. Nak menunggu punyalah lama, malah ada juga masanya binatang yang ditunggu tak kunjung tiba.

Namun kini tak susah lagi, campak aja sampah. Dalam masa tak sampai 20 minit, datanglah gerombolan binatang liar.

Ini terjadi di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Grik-Jeli baru-baru ini.

Tempat ini memang menjadi tumpuan pemandu yang mahu berehat. Lebih-lebih lagi adanya tempat untuk bersolat dan makan minum.

Namun sikap tidak bertanggung jawab segelintir manusia menjadikan lokasi tersorok berdekatan kawasan itu sebagai tempat pembuangan sampah.

Mereka pilih jalan mudah untuk membuang sampah tanpa mahu membawa ke tempat pembuangan sampah di bandar terdekat.

Inilah sikap manusia yang langsung tak prihatin tentang alam sekitar.

Dahlah buang sampah di dalam hutan yang mampu menghasilkan kedatangan lalat yang bakal menyebabkan penyakit, kini hasil 'kerja-kerja' mereka tu dah mula menarik perhatian gajah-gajah liar yang sememangnya sudah kehabisan makanan di dalam hutan akibat semakin diterokai.

Banyak implikasi yang boleh terjadi kalau gajah-gajah liar ini memakan lebihan dan buangan manusia.

Paling utama, binatang liar tidak boleh makan makanan manusia. Itu sudah pasti. Dan isu ini lebih memburukkan. Sampah lebihan manusia memang kotor dan berpenyakit dan mungkin boleh membunuh gajah-gajah berkenaan.

Selain itu, gajah-gajah itu akan mula memasuki kawasan penempatan manusia jika sumber makanan di 'tempat pembuangan' itu tidak mencukupi.

Ketika itu mulalah konfrontasi antara gajah dan manusia muncul semula dan seperti selalu, manusia akan menyalahkan gajah, walhal di tempat dia tinggal itu adalah habitat asal gajah-gajah berkenaan.

Dahlah populasi gajah yang ada di Semenanjung Malaysia semakin berkurangan, kejadian ini menambahkan lagi derita mereka yang berhempas pulas untuk mengekalkan kelestarian binatang liar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, saya mohonlah lihat-lihat perkara ini. Jangan dibiarkan melarat.

Takanlah Datuk nak tengok Perak terkenal di seluruh dunia ekoran gajah mati makan sampah?

Perhilitan dan juga Yang Dipertua Majlis Daerah Gerik, Tuan Mohd. Tahir Osman juga kena ambil bahagian. Kenakan tindakan kepada mereka yang sewenang-wenangnya membuang sampah di kawasan ini.

Dan Ahli Parlimen baru Grik, Datuk Hasbullah Osman yang memang majoriti 6,216 pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) baru-baru ni, takan nak diam je?

Dah kena mule koreje dah ni yeop...



[TERKINI] Selepas mendapat aduan daripada pihak yang berkenaan, Perhilitan Perak bertindak pantas dengan menutup tempat pembuangan sampah berkenaan. Mereka juga turut menjumpai taik gajah baru di kawasan berkenaan. Saya difahamkan, tempat pembuangan sampah itu sudah ditutup sebelum ini namun disebabkan ia mudah dicapai oleh orang ramai, ia digunakan semua... dengan cara yang salah!

Apa yang merisaukan saya ialah, gajah-gajah liar itu sudah pasti akan mula mencari makanan kerana sudah biasa dengan keadaan itu. Pasti akan berlaku lagi konfrontasi antara manusia dan gajah selepas ini seperti yang terjadi sebelum ini baca di sini dan sini.

SUMBER : http://xtive.utusan.com.my/articles2.php?article_id=58

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog