D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

29 Jun 2013

Biodata Mohd Pierre Andre

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 17 Mac 1985 dan merupakan anak lelaki kepada Khatijah Tan. Memulakan karier lakonan filem menerusi Cinta Fotokopi, beliau terus meniti perjalanan seninya dengan bernaung bawah MIG Talent[1]. Belaiu terus memegang watak-watak utama dalam filem pada tahun 2005. Beliau mula menyerlah menerusi filem Salon dan Gol & Gincu. Kini, beliau masih aktif mengarah filem di bawah Metrowealth Movies Production.
Seperti beberapa selebriti Malaysia yang lain seperti Iwan Dangdut, Dr. Sam, Syed Samudera, Yassin Senario dan beberapa lagi, beliau telah berhijrah ke arah islamik, dan kini aktif bersama jAmaah islam untuk usaha atas iman, berdakwah dan bertabligh[2] di sekitar Hulu Klang, Selangor. Setakat ini sudah lima bulan beliau membuat aktiviti dakwah bersama jamaah dengan keluar tiga hari tiap-tiap bulan.[perlu rujukan]
Bidang pengarahan beliau bermula apabila ditawarkan mengarah filem 9 September (filem), selepas kejayaan beliau menulis skrip Jangan Pandang Belakang. Filem tersebut mendapat sambutan menggalakan dengan mengutip lebih RM 1 juta. Dengan langkah kanan, beliau terus mengarah filem seram bertajuk Jangan Tegur.
Ketika malam Anugerah Skrin 2012, beliau yang telah menerima Anugerah Yasmin Ahmad telah membuat ucapan dakwah dan menyebut kalimah syahadah di hadapan ribuan penonton dan peminat yang hadir

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Pierre_Andre

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog