D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

3 Jun 2013

Gejala Getaran Alat Sulit - Kesihatan


Pernahkah anda berasa getaran seperti menggigil di beberapa bahagian badan? Seandainya pernah, ia adalah perkara biasa yang turut dialami oleh semua dan ia terjadi dalam keadaan spontan.
Namun, pernahkah anda berasa getaran seperti itu pada bahagian zakar? Fenomena ini sering kali disalah anggap oleh kaum lelaki jika ia pernah terjadi kepada mereka.

Getaran ini berlaku dalam zakar dan apabila disentuh bahagian itu, ia tidak memberi apa-apa rasa. Memang suatu fenomena yang pelik. Soalnya ialah sama ada getaran ini petanda sesuatu penyakit atau masalah kepada zakar?

Sebilangan besar lelaki yang mengalaminya mengaitkan perkara itu kepada pakaian seluar dalam yang ketat dan membuatkan kedudukan zakar luar biasa maka ia akan mengakibatkan zakar menggeletar seketika atau mungkin disebabkan tekanan, maka getaran itu dapat dirasai.

Lelaki yang kerap melakukan onani yang kebetulan terasa getaran itu pasti akan berfikir bahawa amalan onani itu yang membuatkan zakarnya meragam.

Jika kebetulan ia berlaku selesai bersetubuh, sudah tentu proses hubungan kelamin pula akan dikaitkan dengan tekanan akibat persetubuhan. Bagaimanapun, tiada satu pun alasan di atas adalah tepat.

Getaran otot boleh berlaku pada bila-bila masa. Jika sekumpulan otot besar mencengkam, keadaan itu dikenali sebagai cengkaman otot atau 'cramps'. Jika sekumpulan kecil otot mencengkam, keadaan yang berlaku ialah otot itu menggetar, istilah yang digunakan ialah 'fasciculations' seperti tarikan kelopak mata misalnya.

Sesetengah orang dikaitkan dengan fenomena itu kepada petanda yang sesuatu tidak baik akan berlaku. Ini juga adalah tidak benar. Sememangnya kumpulan otot itu tidak mengikut kawalan minda dan ia boleh terjadi pada bila-bila masa saja.

Ini mungkin akibat tahap keasidan yang berlebih dan apabila tahap keasidan itu menjadi seimbang, maka getaran itu akan kurang atau tiada. Jadi perkara yang sama juga boleh dikaitkan kepada getaran yang berlaku kepada otot zakar. Otot zakar dalaman mengandungi otot lembut. Jika otot itu bergetar, sudah tentu getarannya tidak dinamik, tidak seperti getaran kelopak mata.

Kejadian yang berlaku itu bukan petanda kepada sesuatu yang serius. Jika kebetulan ia berlaku beberapa ketika kemudian lelaki itu mengalami masalah cepat klimaks atau hilang kawalan ereksi, itu berlaku secara kebetulan dan bukan akibat getaran yang dialaminya suatu ketika dahulu.

Oleh kerana perkara ini dianggar perkara remeh, maka ia jarang dibincangkan di dalam forum di Internet. Walau bagaimanapun, jika perkara itu merunsingkan anda, anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Sesiapa juga boleh berhubung dengan saya melalui e-mel: dr_tambi@yahoo.com.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Getarankemaluan/Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog