Pony merupakan seekor
Orang Utan betina yang telah dijumpai di perkampungan pelacur di
Kepulauan Borneo, Indonesia. Ketika dijumpai, seluruh tubuh Pony telah
dicukur dan terdapat kesan gigitan nyamuk yang banyak pada badannya.
Pony telah ditangkap dan dicukur bagi membuatkan ia lebih cantik dan
dilanggan oleh lelaki yang mengunjungi perkampungan tersebut.
Apabila lelaki
mendekatinya, Pony akan membelakangkan pelanggannya dan membuat aksi
seolah-olah sedang melakukan seks. Pony dipercayai telah ditangkap sejak
kecik dan telah dilacurkan oleh seorang yang dikenali sebagai Madam.
Ketika pihak Orangutan Survival Foundation mendapat tahu akan perkara
ini, penduduk kampung berkenaan telah menghalang daripada Pony
diselamatkan kerana Pony merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk
kampung tersebut.
Selama setahun pihak
Orangutan Survival Foundation cuba untuk menyelamatkan Pony tetapi gagal
kerana setiap kali pihaknya datang ke kampung tersebut, Madam dan
penduduk kampung tersebut akan bersedia dengan sumpit beracun dan
mengugut untuk menyerang sesiapa sahaja yang mendekati Pony.
Tidak berputus asa,
pihak Orangutan Survival Foundation berjaya mengumpul dana dan membawa
35 anggota polis yang lengkap bersenjatakan AK-47 dan memaksa pihak
Madam menyerahkan Pony. Akhitnya Pony berjaya diselamatkan dan dirawat
di kawasan hutan simpan.