6 Khasiat Taugeh Yang Tersembunyi...
Suka makan sayur taugeh?
Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah
hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang
langsung tidak menyelerakan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu
sebenarnya taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Berikut
disenaraikan beberapa khasiat taugeh kepada kita.
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri
daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak
unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin
(canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca
kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai
estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis.
Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang,
serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh
wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara,
gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat
menopaus.
3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu
menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh
kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu
juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko
penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah
yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan
seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa
mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan
untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga
450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi
banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam
usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran
yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang
dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga padat
dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak
sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh
membuat kita lebih muda.SUMBER: http://diariummi.blogspot.com/2012/07/6-khasiat-taugeh-yang-tersembunyi.html