D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

19 Jun 2013

BIODATA USTAZ Don Daniyal Don Biyajid


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Baru berkahwin
Pendidikan: Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor. Ustaz Don (27 tahun) lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau kini mengendalikan program interaktif agama Islam, '30 Minit Ustaz Don' di saluran TV AlHijrah (saluran Astro (televisyen satelit) 114). Sebelum ini beliau mengendalikan 'Program Ihya Ramadan'. Penonton boleh berinteraksi dengan menelefon 03-22602411 atau 03-22601610 dan melalui fan page di Facebook untuk dibincangkan semasa siaran hari Isnin, Selasa dan Rabu.
TV AlHijrah juga menyajikan program keagamaan seperti Madrasah Al Hijrah, Muhasabah Diri, Jalan Orang Mukmin dan Signs Of The Creator . Pengurus Besar Bahagian Majalah dan Dokumentari TV AlHijrah, Zainal Rashid Ahmad, berharap agar kaedah pembelajaran agama sebegini dijadikan alternatif kelas-kelas di masjid, madrasah dan lain-lain majlis ilmu. Namun tidak mustahil kita 'memadrasahkan' tv sebagai satu cara pembelajaran.

SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Don_Daniyal_Don_Biyajid

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog