D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

1 Jun 2013

3000 anak ayam hangus terbakar

3,000 anak ayam hangus
Anak ayam yang hangus dalam kebakaran di pusat ternakan di Jementah, tengah malam kelmarin.
SEGAMAT - Sebuah reban ternakan yang menempatkan kira-kira 3,000 anak ayam musnah dalam kebakaran di Jementah di sini, tengah malam kelmarin.

Kejadian disedari pekerja pusat ternakan itu yang tinggal di kawasan berhampiran pada jam 12.30 tengah malam, selepas terhidu bau asap dan daging terbakar.

Penyelia pusat ternakan tersebut yang hanya mahu dikenali Isma, 50, berkata, kebakaran hanya disedari pekerja apabila bau daging terbakar semakin kuat.

“Ketika itu api sudah marak dan salah satu daripada sembilan reban telah musnah. Saya mengajak pekerja lain untuk membantu memadamkan api sementara menanti ketibaan bomba.

“Paling menyedihkan, anak ayam yang baru tiba di sini, semuanya habis rentung terbakar. Saya anggarkan anak ayam tersebut lebih kurang 3,000 ekor,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, anak ayam tersebut adalah baka ‘Grand Parent Stock’ (GPS) yang diimport dari Belanda dan berusia lima hari serta baru  sahaja tiba di reban berkenaan.

Jelasnya, setiap reban di sini, boleh memuatkan sehingga 15,000 anak ayam dan anak ayam tersebut akan dijual kepada peniaga dan peraih apabila usianya mencecah enam tahun.

“Mungkin kebakaran pada malam ini (kelmarin) berpunca daripada alat pemanas di dalam reban yang rosak. Tetapi, itu hanya andaian saya kerana belum menerima laporan penuh daripada pihak bomba berhubung punca sebenar kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Pegawai Bomba Kanan 1, Sailan Serin berkata, pihaknya hanya dimaklumkan salah seorang pekerja pusat ternakan tersebut berhubung kebakaran itu pada jam 12.45 tengah malam.

Menurutnya, satu jentera bomba dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal sepenuhnya 20 minit kemudian.

“Mujur pihak majikan menyediakan alat pemadam kebakaran. Ini secara tidak langsung dapat mengawal api daripada merebak sebelum pihak bomba tiba dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

sumber; http://www.sinarharian.com.my/3-000-anak-ayam-hangus-1.166047

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog