D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

24 September 2013

TIP PETUA MUDAH HAMIL TANPA UBAT

4 Petua Cepat Dan Mudah Hamil Untuk Wanita | Pada artikel blog kali ini, penulis ingin berkongsi bersama anda tentang salah-satu topik yang menjadi permasalahan kepada sesetengah pasangan yang sudah berkahwin. Mereka ini pada kebiasaannya telah berkahwin lebih daripada 1-2 tahun, tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata yang boleh menjadi penyeri hidup rumahtangga mereka.
Rujuk artikel: Bagaimana Anda Tahu Yang Anda Hamil Dan Apakah Yang Anda Perlu Lakukan?
Jika anda sendiri mengalami masalah ini, anda perlulah terus berusaha dan berdoa kepada Allah SWT tanpa putus. Mungkin juga tips dan petua-petua yang bakal saya kongsikan ini anda boleh cuba amalkannya. InsyaAllah saya yakin suatu hari nanti anda pasti mampu menimang cahaya mata anda juga akhirnya.
Baiklah, petua-petua dan tips-tipsnya adalah seperti berikut:

4 Petua Cepat Dan Mudah Hamil Untuk Wanita

PETUA 1: JANGAN sesekali dan elakkan merokok. Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok. Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut kajian sains, saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok boleh membunuh sel-sel sprema. Mungkin jika suami anda adalah seorang perokok tegar, inilah puncanya anda sukar hamil sebagai isteri.
Hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri sama-sekali daripada asap rokok.
PETUA 2: Kurangkan sterss dan tekanan perasaan. Semua sedia maklum zaman sekarang ini kita hidup dalam zaman penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang berkerjaya. Wanita yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu, cuba tenangkan diri dalam sebarang keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan.
PETUA 3: Tingkatkan berat badan anda dengan makan lebih sedikit. Ya, memang betul apa yang saya katakan ini. Tapi janganlah sampai anda overweight pula ya. Hal ini kerana, bagi wanita yang terlampu kurus atau kurang berat badan, mereka akan mengalami gangguan kitaran haid yang normal.
Kesan langsungnya juga ialah hormon tidak cukup dirembeskan dan tubuh badan anda tidak ‘bersedia’ untuk berbadan dua. Oleh itu, tidak mengapa jika berat badan anda melebihi beberapa kilo sedikit daripada normal.
PETUA 4: Ketahui dengan jelas kitaran haid anda. Anda perlulah faham dan tahu bilakah hari-hari subur anda. Dengan itu anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan kekerapan hubungan seks bersama suami ketika hari subur anda.
Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menyediakan satu carta khas bagi mencatit hari dalam kitaran haid anda beberapa bulan. Dari situ, anda boleh meramal dan menjangka bilakan hari-hari subur anda untuk bulan-bulan seterusnya.
Semoga anda berjaya dalam usaha anda untuk hamil melalui petua-petua yang telah saya kongsikan ini. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru Share yang terdapat di sudut atas kanan sebelah imej artikel ini.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog