LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2

Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha
Home » » Siapa Sebenar Pelakon Imuda ???

Siapa Sebenar Pelakon Imuda ???

IMUDA merupakan salah seorang kartunis yang sangat popular di Malaysia. Populariti beliau bukan sahaja dalam bidang kartun malah mencakupi bidang seni yang lain seperti teater, drama, filem, nyanyian dan catan.

Sejarah awal Imuda
Lahir sebagai Abdul Rahim bin Muda di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 13 Disember 1959, nama Imuda diperolehi daripada nama panggilan beliau, Im, dan bapanya, Muda.

Imuda merupakan anak ke-6 daripada lapan orang adik-beradik hasil perkongsian hidup bapanya, Muda bin Nordin dengan ibunya, Halijah binti Chik.

Imuda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan K
hir Johari dan kemudian menghabiskan persekolahannya sehingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam.
Sejak kecil lagi, Imuda meminati semua bidang seni. Seawal empat tahun, beliau sudah mula terpukau melihat poster-poster wayang yang dilukis.
Beliau selalu memujuk ibu bapanya menonton wayang, tetapi lebih banyak memberi perhatian kepada poster wayang daripada filem itu sendiri.
Secara tidak langsung, poster-poster wayang tersebut menjadi sumber inspirasi untuk Imuda menjadi seorang pelukis.

Cita-cita beliau hanya mahu menjadi seorang pelukis.
Semasa masih kanak-kanak lagi, Imuda sudah memperlihatkan keupayaan untuk melukis. Ketika Darjah Enam, beliau sudah mula melukis strip kartun, sepertimana yang dilihatnya di dalam komik-komik di waktu itu. Peminatnya terdiri daripada kawan-kawan.

Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur

Dari usia muda lagi, Imuda sudah membuat keputusan untuk melukis. Selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 1978, beliau bekerja di United Books Company, sebuah syarikat yang agak dikenali ketika itu di Pulau Pinang.
Di sana Imuda bertindak sebagai pelukis ilustrasi untuk beberapa majalah kanak-kanak, antaranya Dunia Kanak-kanak. Beliau turut
bertindak sebagai pembaca pruf di syarikat tersebut.
Imuda hanya bertahan selama 2 tahun di syarikat itu sebelum bekerja di sebuah kilang gula di Perai.
Semasa bekerja sebagai pelukis ilustrasi, Imuda cuma dibayar RM110 sebulan, tetapi sebagai pekerja kilang, beliau dibayar RM15 sehari. Lebih mahal walaupun kerjanya agak teruk.
Sewaktu majalah Gila-Gila mula meledak di pasaran pada tahun 1978, Imuda turut menyumbang karya-karya kartunnya ke majalah tersebut. Kartun beliau mula tersiar sejak keluaran kedua Gila-Gila.
Dari situ beliau melebarkan lagi sayapnya ke penerbitan-penerbitan lain seperti majalah Gelihati dan Berita Minggu.

Desakan jiwanya untuk menjadi pelukis membawa beliau memohon kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Beliau kemudian diterima bekerja sebagai pembantu pelukis.

Teater, drama dan filem

Semasa bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, Imuda mula terlibat dalam bidang lakonan, bermula dengan teater.
Tetapi sebelum mendapat peluang berlakon, beliau terpaksa mencuci lantai dan menolong mengangkat barang-barang di set lakonan.
Akhirnya beliau ditawarkan untuk berlakon dalam
sebuah pementasan berjudul Mayat. Bagi Imuda, itu bukanlah satu permulaan yang baik, apatah lagi beliau diminta berlakon sebagai mayat!
Namun begitu, Mayat diterima baik oleh penonton dan Imuda serta kumpulan teaternya terus mengadakan persembahan hingga ke Sabah dan Sarawak.


Awal 1980an, Imuda membuat kemunculan pertamanya di slot Drama Minggu Ini melalui cerita Bahtera. Beliau dibayar RM50 untuk watak tambahan. Namun begitu, beliau rasa gembira, apatah lagi bila diminta untuk berlakon dalam beberapa drama selepas itu. Peranannya juga semakin besar dan beliau dibayar RM100.


Beliau kemudiannya dipelawa berlakon di dalam file
m Mekanik, filem pertama beliau, di mana beliau merasakan tidak percaya bila dibayar RM600 untuk penggambaran selama 4 hari – apatah lagi di dalam format warna! Drama Minggu Ini dihasilkan di dalam hitam putih!

Pada hujung 1983, Imuda telah ditawarkan watak sebagai Budin dalam pementasan Syy… yang ditulis oleh Dr Hatta Azad Khan. Ceritanya adalah mengenai penduduk sebuah setinggan yang memprotes pihak Dewan Bandaraya yang mahu membina loji najis di kampung mereka, Kampung Seri Wangi. Hafsham, pengarah filem Mekanik, ketika menyaksikan pementasan tersebut,
beranggapan ia mampu menjadi drama sitcom yang menarik. Lalu beliau mengusulkan ideanya di samping mengekalkan pelakon-pelakon yang asal. Pada mulanya, ia mengisi slot Drama Swasta di RTM pada tahun 1984, sebelum berhijrah ke TV3 dengan judul Kampung Seri Wangi, dan kemudiannya Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Kalau sebelum ini Imuda hanya dikenali di kalangan penggemar-penggemar kartun sahaja, dengan sitcom tersebut beliau mula popular ke seluruh negara. Malah orang ramai lebih mengenalinya sebagai Budin sahaja daripada Imuda!


Tahun 1989, Hafsham menghasilkan sitcom 2 + 1. Imuda memegang watak sebagai Sam, seorang lelaki lembut. Turut bersama dalam sitcom tersebut ialah Louisa Chong, Susan Lankester dan Raja Ema. Sitcom ter
sebut menerima kritikan yang agak hebat terutama mengenai watak Sam. Dan tidak hairanlah siri tersebut hanya bertahan selama 3 tahun sahaja, berbanding dengan Pi Mai Pi Mai Tang Tu selama 14 tahun.
Imuda turut menerima kritikan mengenai watak lakonannya itu. Tetapi bagi beliau, ia hanyalah untuk hiburan sahaja. Orang ramai tidak perlu ambil serius dengan lakonan beliau.

Dalam pada itu, Imuda terus menerima tawaran berlakon untuk filem, antaranya Balik Kampung, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Som (diadaptasikan daripada karya Lat), Mat Gelap, Imig
ran dan Jutawan Fakir. Sehingga kini Imuda masih lagi aktif sebagai pelukis dan pelakon, di samping aktiviti-aktiviti seni yang lain,

Gaya kerja

Kebanyakan karya kartun Imuda bersifat loose dan joke dengan sedikit slapstick.

Selepas bergelar kartunis popular, pada pertengahan 1980an, Imuda mula belajar teknik melukis melalui buku.

Selama tiga tahun dia cuba mendalami teknik lukisan menggunakan akrilik dan pensil warna, tanpa ada guru yang mengajarnya.


Anugerah dan aktiviti lain

Komik pertama Imuda ialah Hang Sebat, setebal 20 halaman. Beliau dibayar sebanyak RM50.00 atas hasil usahanya itu.

Imuda juga pernah menghasilkan album bersama Susan Lankester berjudul Terang Gelap pada tahun 1992.

Tahun 1992 juga, menyaksikan Imuda mendapat anugerah sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dan kemudiannya Pelakon Komedi Popular pada tahun 1993.

Dan pada tahun 1993 juga, Imuda meninggalkan De
wan Bahasa dan Pustaka selepas berkhidmat selama 15 tahun, untuk menumpukan perhatian dalam bidang lakonan.
Di samping itu, beliau terus melukis kartun, samada di rumah ataupun di masa-masa terluang.

Imuda juga memiliki syarikatnya sendiri, Im-Concept yang menjual barangan seperti t-shirt, cap, mug, rantai kunci – kebanyakannya dihiasi dengan karakter Budin.

Beliau berharap suatu hari nanti akan dapat menghasilkan siri animasi Pi Mai Pi Mai Tang Tu untuk siaran televisyen.

Imuda pernah membuat pameran solo pertamany
a di Balai Berita, New Strait Times. Pameran yang diberi nama Wajah-wajah Kesayangan Hamba itu memaparkan 46 catan yang berupa potret artis dan personaliti terkenal dalam dan luar negara.

12 Januari 2008, Imuda menghadiahkan lima potret hasil tangannya kepada Galeri Perfileman Finas di Jalan Pahang, Kuala Lumpur dalam program Tiada Gambar Seindah Lukisan Bersama Imuda. Kelima-lima lukisan itu ialah potret pelakon lama Maria Menado, Sarimah, Rosnani, Umi Kalthum dan Latifah Omar.

Imuda juga merupakan salah seorang kartunis residen untuk Balai Seni Lukis Negara.


Imuda seorang yang sentiasa bekerja keras untuk mencapai apa yang dicita-citakannya – sikap yang sebenarnya jauh dari watak Budin dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Sedikit kata-kata dari Dr Hatta Azad Khan: “Kombinasi Imuda sebagai pelakon komedi dan pelukis adalah gabungan luar biasa yang menarik. Jarang kita bertemu dengan pelukis komik yang dapat melakonkan watak lukisannya.”


BIBLIOGRAFI

Hang Sebat

Yushimura
Pi Mai Pi Mai Tang Tu Kembali!!

ANTARA KARYA TERBAIK DAN MENARIK

Yushimura

Maharaja vs Birch

Pi Mai Pi Mai Tang Tu


Sumber : http://darialmarikartun.blogspot.com/2008/05/imuda.html
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger