D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

19 September 2013

Chong Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Jepun

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah besar untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.
Pada saingan pusingan pertama di Tokyo Metropolitan Gymnasium, hari ini,
pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia yang juga pilihan utama
kejohanan itu mudah menundukkan wakil Taiwan, Jen Hao Hsu 21-15 dan 21-9.

Menunggunya pada pusingan kedua esok ialah pemain pusingan kelayakan
dari India, Anand Pawar yang mengejutkan pemain veteran Indonesia, Sony Dwi
Kuncoro dalam aksi tiga set, 21-17, 7-21 dan 21-18.

Turut mara ke pusingan kedua ialah pasangan adik-beradik, Ng Hui Lin dan Ng
Hui Ern yang mengalahkan beregu Korea Selatan, Cho Hee Kim dan So Young
Park dengan 21-17, 21-17 dalam acara beregu wanita.

Mereka dijadual menentang pilihan kedua kejohanan, Misaki Matsutomo dan
Ayaka Takahashi yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama.

Beregu campuran kelima dunia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying turut
menempah slot ke pusingan kedua selepas menumpaskan beregu dari Thailand,
Pakkawat Vilailak dan Kunchala Voravichitchaikul dengan 21-18 dan 21-17.

Menanti mereka pada pusingan kedua ialah pasangan dari China, Cheng Liu dan
Bao Yixin yang menewaskan beregu tuan rumah, Katsunori Ito dan Yui Miyauchi,
21-10 dan 21-16.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu
lelaki serta perseorangan wanita pada kejohanan yang menawarkan hadiah
keseluruhan berjumlah US$200,000 (RM646,754). - Bernama
sumber http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ChongWeimarakepusingankeduaTerbukaJepun/Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog