D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

10 September 2013

Kisah Ibu Muda Dengan Bekas Suami Cina Mualaf

Sebelum ini saya pernah berkahwin dengan seorang Cina mualaf. Namun, saya sudah bercerai tiga tahun lalu.
Selama dua tahun berturut-turut zakat fitrah anak, saya yang bayar. Cuma tahun ini bekas suami minta hendak membayarnya.

Apakah hukum apabila bekas suami yang berbuat demikian, sedangkan selama memeluk Islam hidup dia tak pernah berubah? Islam cuma pada nama semata-mata sedangkan kehidupannya tak ubah seperti sebelum memeluk Islam.

Apa pendapat Dr dalam masalah berkenaan? Siapa yang sepatutnya membayar zakat untuk anak?


Ibu muda
Kuala Lumpur


Setiap orang Islam wajib mengeluarkan zakat apabila cukup syaratnya. Zakat terbahagi dua iaitu zakat diri atau zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam tanpa mengira usia dan tempat dia berada.

Ia dibayar dengan berakhirnya Ramadan dan dikeluarkan mengikut peraturan tertentu. Antaranya, zakat fitrah wajib dikeluarkan untuk diri sendiri dahulu dan kemudian untuk orang di bawah tanggungannya.

Orang di bawah tanggungan termasuk isteri, anak yang belum baligh, bapa, ibu, anak yang sudah baligh, hamba atau orang gaji.

Dengan sebab itu tiada masalah bagi bekas suami menunaikan zakat berkenaan untuk anaknya kerana sudah menjadi kewajipan sebagai seorang bapa.

Apabila anda mengeluarkan untuk anak sendiri sebelum ini, ia juga dikira sebagai mengeluarkan zakat fitrah anak terbabit.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, ia memberi keinsafan kepada bekas suami untuk lebih bertanggungjawab kepada anak dan seterusnya mematuhi ajaran Islam yang lain.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog