Makhluk Hodoh Ganggu Pelajar Perempuan di Kuantan
KUANTAN – “Sejurus
selepas ternampak lembaga hodoh di koridor sekolah, anak saya terus
menjerit dan pengsan sebelum diikuti oleh tiga rakannya yang lain.”
Demikian kata Roziana,
45 (bukan nama sebenar) ibu salah seorang pelajar yang mengalami
histeria di sebuah sekolah menengah dekat Indera Mahkota di sini.
Roziana berkata, ini
kali pertama anaknya mengalami gangguan seperti itu walaupun sudah
beberapa kali kejadian tersebut berlaku di sekolah berkenaan.
“Tidak sangka pula, kali ini anak saya pula yang menjadi mangsa.
“Apabila bercerita
mengenai rupa mahkluk yang hodoh itu, anak saya akan takut dan tidak
mahu ke sekolah kerana bimbang akan terserempak lagi,” katanya.
Ketika kejadian, anak
perempuan Roziana yang merupakan pelajar tingkatan dua berdiri di
koridor sekolah pada waktu rehat sebelum menjerit apabila melihat
makhluk hodoh tersebut.
“Sejurus selepas
dimaklumkan oleh pihak sekolah, saya terus bergegas ke sana dan
mendapati anak saya sudah sedar biarpun masih ketakutan.
“Mujur ada guru dan ustaz yang tolong anak saya jika tidak, saya pun tidak tahu apa nasib anak saya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan
Pengarah Pelajaran negeri, Rosdi Ismail berkata pihaknya sudah
dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan tindakan segera telahpun
diambil oleh pihak sekolah.
Menurutnya, itu kejadian kedua yang berlaku di sekolah tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan sesi pembelajaran.
“Kita nasihat pelajar
terbabit supaya berubat dan ibu bapa serta guru diharap sentiasa
memantau pelajar sekolah itu,” katanya – Sinar Harian
COPY PASTE : http://www.malaysiasensasi.net/2013/04/makhluk-hodoh-ganggu-pelajar-perempuan.html