D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

4 September 2013

Gadis kedah : Tawar Hati Bakal Suami

Saya wanita awal 20-an yang memegang jawatan pegawai di sebuah organisasi kerajaan. Saya akan mengakhiri zaman bujang tahun depan selepas menunda tarikh perkahwinan beberapa kali.
Tunang saya juga berjawatan tinggi. Dia seorang lelaki yang baik kerana jarang meninggalkan solat, tidak pernah meninggikan suara, selalu berkata perkara yang baik, mempunyai keluarga bahagia dan anak yang bertanggungjawab kepada orang tuanya.

Mungkin kekurangan hanya pada rupa.

Malangnya, sejak akhir-akhir ini saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya.

Sejak daripada berkawan hingga bertunang, kami jarang berjumpa dan jika berhubung melalui telefon pun, hanya berbual sekejap, mungkin kerana tiada apa hendak dibualkan.

Tunang juga sering menelefon pada waktu yang tidak sesuai.

Kurang beberapa bulan dari sekarang, kami akan melangsungkan perkahwinan tetapi saya tidak membuat sebarang persediaan sama ada mental, borang berkaitan dan belum membeli apa-apa barang untuk majlis itu.

Rasa tidak bersedia, was-was dengan jodoh ini dan tiada perasaan dengan bakal suami yang akan dinikahi sering menghantui diri saya.

Saya risau jika bernikah tanpa keikhlasan atau atau sekadar mahu menjaga hati kedua-dua belah keluarga saja.


GADIS BUNTU,
Kedah.


Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan setiap individu. Pemilihan pasangan sering menjadi pokok utama dalam membuat keputusan kerana apa yang dipilih pada hari ini akan menentukan perkara yang terjadi pada hari esok.

Dalam proses membuat keputusan, ada kalanya anda mengabaikan beberapa aspek penting seperti ekonomi dan kekeluargaan.

Dr mengerti perasaan yang adik alami. Tawar hati dengan bakal suami adalah sesuatu yang perlu dipandang serius kerana ia bakal memberi kesan kepada perkahwinan akan datang.

Seharusnya adik perlu bersikap jujur dengan tunang mengenai perasaan adik. Jika adik bersikap jujur terhadap pasangan, ia akan membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu diri.

Perasaan cinta dan sayang sangat penting apabila membabitkan rumah tangga.
Perkahwinan memerlukan perasaan yang unik di antara suami isteri. Ia adalah satu ikatan suci untuk melahirkan generasi seterusnya.

Kasih, sayang, cinta dan ikhlas adalah satu perasaan yang apabila dikumpulkan akan menjadikan sesebuah perkahwinan itu indah dan harmoni.

Jika salah seorang daripada pasangan tawar hati atau tidak mempunyai perasaan ini, ia akan memberi kesan terhadap kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Mengenai keluarga adik dan tunangan pula, sebaik-baiknya adik berbincang dengan jelas perasaan adik terhadap ibu bapa adik dan pihak sebebelah sana.

Jika adik jujur dan ikhlas, mungkin mereka boleh menerima keadaan ini dengan baik.

Jelaskan dengan berhemah perasaan adik dan sebarang kemungkinan jika adik meneruskan hasrat itu.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Tawarhatibakalsuami/Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog