New York: Rahsia mengapa Presiden Barack
Obama berhenti merokok sejak enam tahun lalu akhirnya terbongkar semalam
apabila pengakuannya kepada pegawai PBB didengari ramai orang melalui
mikrofon yang terpasang.
“Saya tak menghisap rokok walaupun sebatang mungkin sejak enam tahun
lalu kerana saya takutkan isteri saya,” katanya sambil tersenyum kepada
bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kenya, Maina Kiai semalam.Kedua-dua mereka bertemu kerana menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York.
Kiai kemudian menjawab: “Kadang-kadang,” sebelum bertanya mengenai tabiat merokok Obama.
Kedua-dua mereka kemudian ketawa selepas Obama mengaku kerana takutkan isterinya, Michelle. Bagaimanapun Michelle pernah memberikan tarikh berbeza Obama berhenti merokok. “Ia hampir setahun,” katanya kepada media pada Februari 2011. Dua tahun sebelum itu, Obama merujuk dirinya sebagai “bekas perokok” tetapi mengaku dia masih bergelut untuk membuang ketagihan berkenaan. “Saya pernah katakan sebelum ini saya terus bergelut menanganinya.
OBAMA bersama Michelle.
“Adakah saya sesekali gagal? Ya. Adakah saya bekas perokok harian?
Tidak,” katanya kepada media pada 2009. Obama mendakwa dia tidak
merokok di depan anaknya.“Saya boleh katakan ketagihan itu pulih 95 peratus tetapi ada ketika tertentu saya celaru,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/25
sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Obamatakutisteri/Article