D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 September 2013

SEJARAH KUMPULAN SOFEA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sofea

Kulit album pertama kumpulan Sofea
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock
Glam rock
Balada
Tahun aktif 1983 hingga 1990
Label Warnada
Bekas ahli
Nahar
Amir
Fancy
Man Rani
Zan(Alang)
Zam
Eduat
Atanka
Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986).
Kumpulan Sofea sering-kali mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik yang panas seperti dalam lagu "Hati Syaitan", "Orang Timur" (Battle Of The Bands 1), "Mata Sepet" (Battle Of The Bands 2), "Anak Liar" (1987) dan banyak lagi.[1] Selain itu mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej 'Motley Crue' dan 'Kiss' mereka.

Sejarah

Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu beliau merupakan anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.
SOFEA pada mulanya ditubuhkan oleh Allahyarham Syed Yusuf Jamalulail atau dikenali sebagai "pak syed" dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Kampung Manjoi Ipoh,Perak. Sewaktu itu SYJ hanya bermain di rumah-rumah kenduri kahwin sahaja. Ketika itu, Amir bukan vokalis asal SYJ’86,dia diambil ketika sesi ujibakat vokalis untuk kumpulan ini. Amir menyertai SYJ pada tahun 1985. Sewaktu itu rumah Pak Syed sahaja yang mempunyai studio jamming. Penyanyi asal SYJ telah pun berundur diri dari SYJ.
Pada tahun 1986, SYJ’86 telah menyertai pertandingan Battle of the Bands yang dianjurkan oleh Ali Bakar. Ketika itu,pengurus kumpulan SYJ ialah Syed Yusuf Jamalulail. Selepas itu, mereka turut disertakan dalam album Battle Of The Bands 1 & 2 dengan lagu Hati Syaitan & Orang timur (BOTB 1),manakala lagu Mata Sepet & Teruskan untuk BOTB 2. Selepas album ini dikeluarkan, Syed Yusuf Jamalulail tidak lagi menguruskan kumpulan ini kerana sering mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik lagu yang 'panas' seperti Hati Syaitan,Orang Timur & Mata Sepet dan kerana tiba masanya untuk Amir dan Man Rani menggalas tanggunjawab sebagai "pengurus". Selain itu,mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej kumpulan rock dari barat seperti ‘Motley Crue’ dan ‘Kiss’. Lantaran itu mereka menukar nama kumpulan SYJ kepada SOFEA. Idea nama SOFEA merupakan idea daripada Man Rani sempena nama kekasihnya pada masa itu iaitu Julia Sofea. Nama ini muncul ketika kumpulan SYJ ini sedang van menuju ke salah satu tempat persembahan mereka. Dan tugas pengurus kumpulan juga telah diambil alih oleh Man Rani (bassist & 2nd vocal).
Pada tahun 1987, mereka keluar dengan album pertama mereka berjudul KEMBALI. Album ini mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Warnada Sdn. Bhd. Album ini turut menggunakan pemuzik luar (sessionist) yakni Raymond Lim. Ketika itu,barisan anggota Sofea telah bertukar di posisi drum iaitu Nahar telah menggantikan Eduat kerana beliau terlibat dengan beberapa masalah kesihatan.Sebelum ini Nahar pernah bermain secara sambilan untuk SYJ,maka selepas pengunduran Eduat, mereka terus menghubungi Nahar untuk menyertai SOFEA.
Pada tahun 1988, SOFEA telah mengeluarkan album yg ke-2 berjudul ANAK LIAR.Album ini merupakan titik mercu kejayaan SOFEA apabila memenangi beberapa anugerah seperti platinum gold disc,kulit album terbaik,sound system yang baik dan sebagainya. Barisan anggota SOFEA sekali lagi bertukar iaitu Fancy telah mengambil posisi bermain gitar menggantikan Zam. Album ini juga menyaksikan Man Rani telah menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu-lagu berentak slow rock iaitu Bunga Padang Pasir & Suratan Perpisahan yang merupakan lagu "berhantu" lantas digilai oleh rocker-rocker wanita pada masa itu.Dan saat itulah Man Rani digelar "Man glamour" oleh Mama Juwie.

Pada Tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain drum & Fancy masih juga kekal di posisi gitaris untuk album ke-3 iaitu BONEKA PENTAS. Di dalam album ini kebanyakan lagu dicipta oleh anggota SOFEA sendiri. Lagu Syurga Di Hujung Jarum menampilkan Amir dengan Man rani bergabung suara sebagai penyanyi.Kali ini konsep serta imej sofea bertukar sama sekali oleh kerana permintaan syarikat rakaman.Lagu "Bungaku Kerinduan" merupakan lagu yang paling menyentuh hati kerana lagu ini ditujukan kepada isteri pertama Man Rani bernama Norbi binti Ahmad.Hasil perkahwinan beliau dkurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Amin Bin Othman Rani. Umur beliau 22 tahun.Menetap di Buntung Perak bersama opahnya.
Pada tahun 1990 sekali lagi, SOFEA telah melancarkan album mereka yang terakhir berjudul MIMPI & AIR MATA. Ketika ini,Amir selaku vokalis telah menarik diri dari terus menerbitkan album ini kerana mempunyai masalah antara ahli-ahli SOFEA. Album BONEKA PENTAS merupakan titik mula kejatuhan SYJ SOFEA ini kerana album ini rata-rata ahlinya tidak lagi mempunyai minat untuk meneruskan perjuangan SOFEA terutama Man Rani.Oleh kerana ingin "menampakkan" arwah Eduat bersama SOFEA maka akurlah mereka untuk menerbitkan album ini walaupun mereka tahu yang album ini tidak akan membuahkan hasil. Kekosongan posisi Amir diambil oleh Zan(Alang). Manakala Eduat telah pun kembali dengam mengambil semula posisi drummer yang ditinggalkannya ketika dulu daripada Nahar. Atanka pula menggantikan kekosongan posisi gitaris yang ditinggalkan oleh Fancy kerana beliau menubuhkan kumpulan LEON.
Kini, salah sorang anggota SYJ86@SOFEA telah meninggal dunia iaitu Eduat atau Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail pada 11 Oktober 2006. Al-Fatihah

Diskografi

Album studio

Kembali (1987)
Trek:
  1. "Api"
  2. "Debu Khayalan"
  3. "Ditinggalkan Keseorangan"
  4. "Garisan Di Persimpangan"
  5. "Hujan"
  6. "Kawasan Larangan"
  7. "Kehancuran"
  8. "Kembali"
  9. "Mata Sepet"
  10. "Orang Timur"
Anak Liar (1988)
Trek:
  1. "Anak Liar"
  2. "Gadis"
  3. "Suratan Perpisahan"
  4. "Godaan Syaitan"
  5. "Kejutkan Mereka"
  6. "Pabila Cinta Bersemi"
  7. "Siksa Bayangan"
  8. "Sisa Sisa Hidup"
  9. "Titik Titik Noda"
  10. "Bunga Padang Pasir
Boneka Pentas (1989)
Trek:
  1. "Kupu Kupu Malam"
  2. "Bunga Ku Kerinduan"
  3. "Boneka Pentas"
  4. "Juwita"
  5. "Sangkuriang"
  6. "Syurga Di Hujung Jarum"
  7. "Nadia"
  8. "Dewi Khayalan"
  9. "Garisan Cinta"
  10. "Pendusta"
Khudrat (1990)
Trek:
  1. "Satria Bangsa"
  2. "Ini Nasib Kita"
  3. "Khudrat kehidupan"
  4. "Skesta Cinta"
  5. "Godaan Cinta"
  6. "Senjakala"
  7. "Realiti"
  8. "Keluhan Hati"
  9. "Anak Kota"
  10. "Yik Foong Blues"
Mimpi & Airmata (1992)
Trek:
  1. "Lain Orang lain Cara"
  2. "Bersama Mimpi & Airmata"
  3. "Lu Tanggung Sendiri"
  4. "Tepian Gelanggang Cinta"
  5. "Syurga Dunia"
  6. "Rabun Di Kota"
  7. "Di Himpit Rupa Warna"
  8. "Jangan Turut Nafsu"
  9. "Lidah Bercabang"
  10. "Kota Sebuah Impian

Album kompilasi

  • Koleksi Emas Sofea/SYJ (1989)
  • Balada Sofea (1999)
  • MAY VS Sofea (2001)
Video kaset
  • Pembikinan Konsert Kotaraya (1989 / Boxoffice & Speedy Video)
  • Konsert Kotaraya bersama Sofea & Memories (1989 / Boxoffice & Speedy Video)
  • 10 Lagu Terbaik Konsert Kotaraya (1989 / Boxoffice & Speedy Video)
Video CD
  • MTV Lagenda Rock Vol. 1 & 2 - Pelbagai Artis (2000)
Rakaman semula
  • Orang Timur (2001 / Vociferation Eternity - Brutal All Stars Chapter II)
  • Hati Syaitan (2001 / Vociferation Eternity - Brutal All Stars Chapter II)
  • Orang Timur (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Hati Syaitan (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Mata Sepet (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Bunga Padang Pasir (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Kembali (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Syurga Di Hujung Jarum (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Titik-Titik Noda (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Anak Liar (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Kawasan Larangan (2003 / Sil Khannaz(Jaie) - Darah Muda)
  • Orang Timur (2003 / Vibra - Kepala Batu)

Anugerah
  • Anugerah Cakera Emas, album Anak Liar terjual melebihi 25,000 unit di Malaysia (1988)
Konsert
  • Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur (2 Feb. 1986)
  • Konsert Battle Of The Bands jelajah Malaysia (sepanjang 1986)
  • Konsert Ipoh '87 bersama pelbagai artis di Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak (3 Okt. 1987)
  • Konsert Kotaraya bersama artis-artis rock di Stadium Negara, Kuala Lumpur (1989)

Ahli kumpulan

BATTLE OF THE BANDS:
Vokal - Amir/Wan Taring (Wan Taring hanya menyanyikan 3 buah lagu sebelum digantikan dengan Amir)
Gitar - Zam
Bass - Man Rani
Drum - Eduat
ALBUM KEMBALI:
Vokal - Amir (Amirrudin bin Zulkefly; lahir 1962)
Gitar - Zam (Zamri Shafie)
Bass - Man Rani (Othman Rani bin Mohd Tajry; lahir 1963)
Drum - Nahar
ALBUM ANAK LIAR:
Vokal - Amir
Gitar - Fancy (Ramlie Adnan; lahir 1963; berkahwin dengan Anita Sherox; pernah menyertai kumpulan Angel Hearts, GET & kumpulan pop Leon)
Bass & Vokal - Man Rani
Drum - Nahar
  • Ujang hanya mengantikan Nahar untuk sesi bergambar sahaja kerana ketika itu Nahar tidak dapat hadir untuk sesi itu

ALBUM BONEKA PENTAS:
Vokal - Amir
Gitar - Fancy
Bass & Vokal - Man Rani
Drum - Nahar (Raja Nahar bin Raja Horman; lahir 1960; telah menyertai kumpulan Burnmarks, Babylon & Lipan Bara)
ALBUM KHUDRAT:
Vokal - Allang
Gitar - Amir
Bass - Addy
Drum - Junn
ALBUM MIMPI & AIRMATA:
Vokal - Zan
Gitar - Atanka
Bass - Man Rani
Drum - Eduat (Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail; lahir 1961; meninggal dunia pada 11 Oktober 2006; pernah menyertai kumpulan SYJ '90)

Pengurus kumpulan

1)Syed Yusuf Jamalulail - Pengurus SYJ
2)Man Rani - Pengurus SOFEA

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog