D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

2 Oktober 2013

Tongkat Tok Guru Nik Aziz Di lelong RM15K

KOTA BHARU - Hasrat seorang usahawan terkemuka negeri ini memiliki koleksi peribadi bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi kenyataan apabila berjaya membida salah satu tongkat kesayangan tokoh ulama itu pada harga RM15,000.

Tongkat tersebut dilelong bermula dengan harga RM500.

Abdullah Beeran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Seri MH Ummi Sdn Bhd berkata, beliau sudah lama menyimpan impian untuk memiliki koleksi peribadi Nik Abdul Aziz yang juga gurunya.

“Rezeki saya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk memiliki koleksi peribadi Tok Guru (Nik Abdul Aziz), akhirnya peluang itu datang hari ini (kelmarin),” katanya ketika ditemui di lokasi jualan di pekarangan Tesco di sini, kelmarin.

Beliau yang juga antara anak murid Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak berhasrat menjual tongkat tersebut, sebaliknya menjadikan ia koleksi peribadinya sebagai tanda penghormatan terhadap gurunya.

Selain itu katanya, antara tujuan utama beliau membida koleksi peribadi Tok Guru itu adalah sebagai medium untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini baru-baru ini.

“Sebelum ini saya hanya menyalurkan bantuan secara langsung kepada mangsa bencana dan golongan memerlukan, namun kali ini tertarik apabila membaca artikel yang disiarkan Sinar Harian mengenai bidaan tongkat Tok Guru,” katanya yang bersedia membida sehingga RM30,000 jika perlu.

Selain tongkat Tok Guru, program anjuran Pemuda Pas Kota Bharu itu turut membuat lelongan amal pakaian dan barangan elektrik hasil sumbangan orang ramai dalam rangka mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa kebakaran terbabit.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abd Kadir, tongkat berkenaan diberikan Adun Chempaka itu selepas pihaknya memohon barang peribadi beliau untuk dilelong bagi tujuan tersebut.

Rosli Alllani berkata, permintaan itu dibuat melalui menantu Tok Guru, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebelum mendapat persetujuan Mursyidul Am Pas itu yang menyerahkan tongkat berkenaan minggu lalu.

“Permintaan kami tidak tertumpu kepada tongkat, sebaliknya apa sahaja barangan peribadi beliau, namun kami memang mengalu-alukan pemberian (tongkat) ini dan terharu dengan keprihatinan serta sokongan Tok Guru dalam usaha menjayakan program lelongan amal pertama kali oleh Pemuda Pas Kota Bharu ini,” katanya.

Rosli Allani berkata, pada peringkat awal, pihaknya hanya menyasarkan RM5,000 sahaja berjaya dikumpulkan melalui jualan amal berkenaan, namun selepas melihat kepada sambutan luar biasa itu, beliau yakin sasaran boleh mencecah RM20,000.sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tongkat-tok-guru-rm15-000-1.206542

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog