D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

10 Oktober 2013

IBU MUDA RUNGSING KENDUR PAYUDARA

Saya seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun. Saya mempunyai masalah berkaitan payudara yang terlalu kendur. Walaupun usia saya masih muda, payudara saya seperti wanita sudah berusia.
Sudah pelbagai produk menegangkan payudara saya ambil tetapi tidak berhasil. Saya ada terbaca mengenai pembedahan membentuk payudara untuk menampakkan payudara kembali tegang dan cantik.

Memandangkan saya bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bujang dan muda, saya terfikir hanya pembedahan membentuk payudara saja paling sesuai. Saya risau keadaan diri dan payudara saya akan membuatkan suami (selepas berkahwin) tawar hati pada saya.

Adakah salah di sisi Islam melakukan pembedahan itu untuk menjaga keharmonian rumah tangga dan untuk suami? Apakah risiko melakukan pembedahan terbabit? Harap doktor dapat membantu kerana saya sangat memerlukan nasihat.


Hamim,
Kuala Lumpur


Pembedahan merawat payudara kendur lazimnya membabitkan pembuangan sebahagian kulit payudara yang diukur terlebih dulu dan baki yang masihada serta puting atau areola pula dibentuk secara aestetik agar menyerupai payudara asli yang tegang dan parutnya juga tidak kelihatan.

Risiko pembedahan termasuk risiko pembiusan adalah rendah jika dilakukan oleh doktor pakar yang bertauliah (pakar pembedahan rekonst-ruktif).

Saya bukanlah orang yang sesuai untuk menjawab soalan berkaitan hukum. Eloklah anda ajukan persoalan ini kepada pakar dalam bidang agama atau merujuk kepada pegawai bahagian JAKIM.

SUMBER ; http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Risaupayudarakendur/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog