1) Minum terlalu banyak minuman manis
-
Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco
mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan
untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada
memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin
- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau
BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan
menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai
punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
-
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati
bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan
meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda
berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang
tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali
sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran
-
Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa
kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak
kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula
-
Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang
gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan
secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak
-
Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan
lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.
Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan
-
Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia
mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk
makan lebih banyak.
copy : http://linmdnoor.blogspot.com/2011/09/7-punca-utama-cepat-lapar.html