D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 Oktober 2013

Batas Anak Angkat Perempuan

Saya tinggal bersama keluarga angkat sejak kecil. Saya dibela mereka kerana tiada anak perempuan. Saya ada tiga abang angkat dan hubungan saya dengan abang sulung paling rapat.
Malah, saya biasa berkongsi tempat tidur dan keluar bercuti sama. Hubungan kami bagai isi dan kuku. Namun, bapa angkat sering menegur perbuatan itu kerana disifatkan tidak manis.

Bagaimanapun, saya sukar mengubah sikap selamba ini. Bagaimana caranya saya dapat menjaga pergaulan dengan abang angkat?


WATI
Kota Tinggi

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Carabatasipergaulansaudaraangkat/Article/index_html


Niat tidak menghalalkan cara. Meskipun saudari berniat baik iaitu mahu mengeratkan hubungan, perlakuan seperti tidur bersama serta bergaul mesra sehingga tiada batas sentuhan seperti disyariatkan tetap haram.

Malah, tidak mengendahkan nasihat bapa angkat yang mahu menjaga kehormatan anda pihak juga dilihat tidak wajar di sini.

Seharusnya saudari arif dengan batas pergaulan dan kebimbangan bapa angkat itu adalah rasional kerana saudari dan abang tiada hubungan sedarah.

Malah, pergaulan saudara lelaki serta perempuan sedarah sendiri ada batas tertentu. Antaranya, tidak dibenar berkongsi tempat tidur dan menjaga batas aurat tertentu bagi memelihara kehormatan dan mengekang nafsu.

Asuh diri lebih berhati-hati serta elak berduaan dengan abang angkat. Setiap kali bercuti, babitkan ahli keluarga lain untuk mengeratkan hubungan.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog