D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

24 Oktober 2013

Bimbang Hanya Memiliki sebiji Buah Zakar - Azim Selangor

Saya berumur 27 tahun dan bernikah setahun lebih. Saya dilahirkan dengan hanya sebiji buah zakar. Sejak berapa tahun lalu, saya mengalami masalah bengkak di atas zakar.
Apakah masalah ini dan adakah ia sejenis penyakit serta memberi kesan? Untuk pengetahuan doktor, saya dan isteri belum mendapat zuriat.


AZIM
Selangor


sumber http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Doktorbolehkesan__8216_buah__8217_yanghilang/Article/index_html 

Sememangnya lelaki yang mempunyai satu buah zakar akan rasa bersalah apabila isterinya masih belum hamil selepas berkahwin.

Jika kebetulan ia tidak berfungsi, ada kemungkinan ia tidak dapat menghasilkan sperma atau kurang menghasilkannya

Cara terbaik untuk mereka ialah menjalani ujian air mani mengetahui kedudukan sperma, iaitu sama ada bilangan sperma mencukupi, aktif dan berbentuk normal.

Ada sebilangan lelaki yang mempunyai satu buah zakar dalam kerandut dan tidak sedar buah zakar satu lagi yang tidak ada dalam kerandut berada berdekatan, mungkin di pangkal zakar atau di bahagian ‘Perineum’, kawasan antara lubang najis dan kerandut buah zakar.

Anda ada nyatakan yang anda sedar ada kebengkakan di atas atau berdekatan pangkal zakar sejak beberapa tahun lalu.

Selagi tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan, selagi itu anda tidak akan tahu apakah ia yang sebenarnya. Tanpa pemeriksaan lebih teliti dan secara fizikal, sukar untuk doktor memberi apa-apa komen atau diagnosis.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog