Apakah hukumnya seorang ibu tidak menghalalkan susu yang diberi dan menyumpah perkara buruk kepada anak kandungnya sendiri?
Ayu
Kedah
Menjadi ibu adalah anugerah Allah SWT pada manusia. Dalam keadaan biasa, ibu wajib memberi air susu yang dianugerahkan Allah padanya untuk diminum anak berkenaan.
Tidak mungkin ibu akan mengharamkan air susunya kecuali jika si anak menderhaka.
Ini menyebabkan naluri ibu terluka dan terasa hati hingga terkeluar perkataan itu kerana kekecewaan dan bukan berniat menyumpah.
Sebaiknya, anak sendiri berfikir dan merenung kesalahan dilakukan sehingga ibu tergamak berkata demikian.
Kemudian, mohon keampunan ibu kerana apa saja doa ibu, ia akan dimakbul Allah SWT.
sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2013092205043020130922050430/Article