D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 Oktober 2013

HAZAMA SEDIA JADI SUAMI ?

Tahniah Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi kerana dicalonkan dalam lima kategori Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20).
Penyanyi bersuara hebat ini akan bertanding untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Kulit Album Terbaik, Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik dan Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di dalam Lagu bersama kumpulan SleeQ. Juara Akademi Fantasi musim kesembilan (AF9) ini bersyukur kerana usaha kerasnya selama dua tahun mula mendapat perhatian. Ketika bertemunya baru-baru ini, sempat Sha mengusik kariernya semakin stabil, bila lagi mahu mendirikan rumah tangga? Kekasih sudah ada apa lagi yang mahu ditunggu? Sambil tersenyum, Hazama mengaku ada terfikir soal itu apatah lagi usianya kini bukan muda lagi. Kalau sudah tertulis takdirnya menamatkan zaman bujang hujung tahun ini, dia tidak kisah dan sudah bersedia. Ketika bercerita mengenai kekasih barunya, terpancar riak bahagia di wajah Hazama. Bukan rahsia lagi, Hazami kini bercinta dengan pemain biola berbangsa Cina, Genervie Kam. Gambar mereka pun hangat tersebar di Internet. Malah Hazama cukup terbuka berkongsi perkembangan hubungannya dengan pemuzik itu. “Bab kahwin saya berserah kepada ketetapan Allah SWT. Dalam soal ini saya tak pernah rancang, kalau cepat okey saja. Fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya tetapi kalau sudah tertulis sampai jodoh, apa salahnya. “Sudah enam bulan saya berkawan dengan Genervie dan kami serasi. Kami sudah berjumpa dengan keluarga tapi belum lagi bincang soal kahwin,” katanya. Hazama turut menegaskan dia tidak mahu merahsiakan hubungannya dengan Genervie kerana bimbang ada yang salah faham jika ternampak dia keluar dengan gadis itu. Bagi mengelakkan timbul cerita bukan-bukan, lebih baik dia berterus terang.SUMJBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hazamasediajadisuami/MA/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog