D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

10 Oktober 2013

5000 TIKET PERCUMA KL GANGSTER 2

EKORAN isu kebocoran filem KL Gangster 2, ramai yang bersimpati dengan nasib pengarah berbakat, Syamsul Yusof yang mengalami kerugian besar akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Apatah lagi, penyebaran CD dan DVD cetak rompak yang dijual di seluruh negara membuatkan ramai penggiat seni bangkit untuk berbincang secara mendalam perkara tersebut.

Demi menyokong industri perfileman, seramai 10 penerbit tempatan bersetuju menyumbang sebanyak 5,000 tiket kepada penonton secara percuma bermula hari ini (10 Oktober).

Antara 10 syarikat produksi yang bersatu ialah Suhan Movies, Global Station, Bright Network, KRU Studios, Lineclear Productions, Rumah Karya Cipta, Nusan Bakti, Ace Motion Pictures, Vision Networks dan Pesona Pictures.

Mewakili kesemua penerbit itu, Pengarah Urusan Nusan Bakti, Ismaliza Ismail atau Isma AF7 berkata, tiket-tiket tersebut akan diedarkan di empat buah pawagam iaitu Tanjung Golden Village (TGV), Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas dan Cathay seluruh negara, bermula hari ini.

"Ia akan diberikan secara percuma kepada pembeli tiket bertuah setelah berbincang dengan pihak panggung. Ia sebagai sokongan kami untuk membantu menaikkan semangat Syamsul untuk berkarya semula," katanya ketika ditemui di majlis sidang media ‘Sokongan Penerbit Bumiputera Terhadap Isu KL Gangster 2’ di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, yang turut hadir dalam majlis sidang media itu meluahkan rasa terharu atas sokongan diterima.

"Saya mewakili Syamsul ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang sudi memberikan sokongan dan kata-kata semangat tatkala kami menghadapi masalah.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/10-penerbit-bergabung-bantu-kl-gangster-2-1.210225

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog