D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

25 Oktober 2013

Piring kotor berisi kuah atas roti canai

SEJAK kebelakangan ini kita kerap baca berita penguat kuasa Jabatan Kesihatan begitu aktif melakukan serbuan ke atas restoran yang didapati kotor dan bertindak tegas mengarahkan premis terbabit ditutup serta merta bagi kerja pembersihan oleh pemiliknya.
Namun demikian kita tak pernah dengar, tonton atau baca penguat kuasa Jabatan Kesihatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menangkap atau mendenda perbuatan pelayan restoran atau gerai yang menghidangkan roti canai yang diletakkan piring kotor di atas makanan itu.
Persatuan-persatuan pengguna yang berselerak di peringkat nasional mahu pun negeri pun tidak pernah buka mulut mempertikaikan perbuatan kotor cara menghidang roti canai tersebut.
Pergilah buat tinjauan ke seluruh restoran di seluruh negara kita ini yang menggunakan khidmat pelayan warga asing dan memang itulah budaya kerja mereka yang pengotor meletak piring kuah atas roti canai.
Cuba anda bayangkan betapa kotor dan berbahaya kepada kesihatan apabila piring bekas kuah roti canai yang dibasuh secara cincai dan kadang-kadang nyata tercemar dihinggapi lipas, lalat atau dilintasi tikus itu terus diisi kuah dan diletakkan di atas roti canai.
Tentu bagi anda yang mementingkan kebersihan pasti rasa loya tekak untuk makan roti canai dihidangkan secara demikian?

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog