D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

23 Oktober 2013

Gejala Resdung Zakar - Mat KL

Zakar saya sering mengeluarkan air mazi ketika bangun tidur, selepas membuang air kecil dan ketika terangsang walaupun sedikit. Ini menyukarkan saya bersolat. Saya baru empat bulan berkahwin.
Saya sering melakukan onani sebelum berkahwin, tetapi sudah meninggalkan tabiat itu.

Menurut bacaan saya, masalah ini dikenali resdung zakar dan ia boleh diubati dengan mengambil ubat resdung Antihistamines seperti Piriton dan Polaramine.

Begitupun, saya ingin mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan apa-apa pemeriksaan.


MAT
Kuala Lumpur

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ubat__8216_resdung__8217_takberkesan/Article/index_html

Bagi lelaki, air mani keluar secara sedar melalui ejakulasi yang berlaku akibat kemuncak rangsangan seksual, sama ada melalui persetubuhan atau sentuhan dengan tangan. Air mani boleh keluar dalam mimpi dan situasi ini dikenali mimpi basah, selain gejala ‘spermatorrhea’.

Jarang sekali air mani keluar akibat rangsangan mental, tanpa sentuhan kepada anggota kelamin dan ini berlaku akibat klimaks mental.

Jika air mani keluar tanpa klimaks, ia dikenali spermatorrhea dan dianggap penyakit mengikut kefahaman perubatan Cina dan India.

Situasi ini tidak boleh disamakan dengan pengeluaran air mazi. Air mazi biasa kelihatan ketika lelaki dalam keadaan teruja seks. Jika ia keluar banyak, ini dikenali sebagai resdung zakar.

Istilah resdung atau selesema hanya dikaitkan kepada hidung, iaitu mukosa dalam hidung yang menghasilkan banyak hingus dan cecair jernih akibat proses keradangan, manakala pengeluaran air mazi tiada kaitan dengan keradangan.

Ia lebih kepada tindak balas rangsangan seksual untuk menyediakan salur kencing licin untuk tujuan ejakulasi. Secara kebetulan, pengeluaran berlebihan membuatkan individu kurang selesa dan perasaan teruja seks berkurangan.

Tidak hairan jika perkara ini dianggap penyakit oleh pengamal perubatan Cina, India dan Pakistan. Mereka menggelar keadaan ini sebagai penyakit ‘Dhant’.

Mengikut pandangan mereka, jika lelaki mengalami pengeluaran air mazi yang banyak, tahap ereksinya boleh menurun dan dia boleh mengalami mati pucuk.

Dalam perubatan Barat pula, pengeluaran air mazi yang banyak hanya menggambarkan pundi mukosa salur kencing yang aktif.

Mengenai rawatan resdung zakar, tiada pendekatan boleh dianggap sesuai atau rawatan tepat boleh menyelesaikan masalah itu.

Ubat resdung yang biasa digunakan individu yang mendapat resdung hidung tidak 100 peratus sesuai. Malah, sebilangan besar yang mengamalkan ubat itu mendapati mereka akan mengantuk dan ereksi kurang mantap. Air mazi masih keluar tapi tidak banyak seperti sebelum memakan ubat.

Ubat resdung mengurangkan kemasukan darah dalam mukosa salur kencing dan otot zakar. Lelaki yang ada masalah atau gangguan pencapaian ereksi yang padat akan mengalami masalah jika memakan ubat resdung hidung.

Bagi saya, resdung zakar bukan penyakit. Lelaki yang mengalaminya perlu terima dan sesuaikan kehidupannya. Jangan anggap ia masalah dan risau serta tertekan sehingga mengancam hubungan kelamin.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog