D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 September 2013

TANGKAK : PENGANTIN BARU MATI LEMAS

TANGKAK - [Dikemaskini] Seorang lelaki mati lemas selepas menyelamatkan adiknya yang tergelincir di kawasan air terjun Asahan, bersempadan dengan Melaka dan Johor, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa, Mohd Khidil Ismeath Anuar, 25, menghabiskan cuti hujung minggu berkelah di kawasan berkenaan bersama isteri, Shakilah Zakaria, 26, dan adik bongsunya, Mohd Aliff Najmi Anuar, 13.

Mangsa merupakan seorang kakitangan kerajaan dan baru bernikah dengan isterinya, hampir sebulan lalu.

Mohd Aliff berkata, kemalangan berlaku apabila abangnya yang dipanggil abang lang, mahu menyelamatkan dirinya daripada lemas.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sri Pantai, di sini itu berkata, dia pada mulanya mandi di bahagian atas, namun ketika terpijak salah satu batu, dia tergelincir masuk ke pusaran air, sebelum menjerit meminta tolong.

Menurutnya, dia dapat merasakan kawasan itu begitu dalam dan ketika itu jaraknya dengan Mohd Khidil, kira-kira 3 meter.

“Saya tergelincir dan menjerit panggil abang lang, abang lang... sebelum abang lang datang menolak saya ke tepi. Kemudian saya tak nampak abang lang lagi.

“Dalam keadaan tercungap-cungap saya mendengar kakak ipar saya (Shakilah) menjerit memanggil 'abang! abang!' Saya pandang semula ke tempat itu tapi tak nampak abang lang," katanya.

Menurutnya, sebelum abangnya dibawa arus, Shakilah nampak mangsa terkapai-kapai di dalam air, lalu tenggelam dan hilang.

Mayat mangsa bagaimanapun ditemui kira-kira dua jam selepas itu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

“Saya sedih sebab saya yang mula lemas tapi abang yang menyelamatkan saya pula lemas,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tangkak, dekat sini, semalam.

Mohd Aliff berkata, mangsa, anak ketiga daripada lima beradik itu, tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini.

"Tapi Allahyarham begitu beria-ia mengajak kami sekeluarga berkelah di situ. Cuma, saya dan isterinya saja yang ikut hari ini (semalam)," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga baru tiba dari Kuala Lumpur ke Kampung Bekoh, dekat sini, petang kelmarin dan ini pertama kali dia dan Allahyarham menjejak kaki ke kawasan tersebut.

Baru dua minggu pulang berbulan madu

Sementara itu, abang kedua mangsa, Muhammad Hatta Anuar, 27, berkata, Allahyarham merupakan seorang penyayang.

"Allahyarham dan isterinya baru pulang dari berbulan madu di Korea, dua minggu lalu," katanya.

Menurutnya, sebelum ini mereka kerap bertemu di rumah keluarga di Kuarters Polis Pantai, bagaimanapun jarang berjumpa selepas adiknya berpindah ke rumah mertua di Sungai Buloh selepas mendirikan rumahtangga pada 1 September lalu.

“Dah ajal dia, dia pergi hari ini dan kami sekeluarga reda. Namun, lebih menyedihkan ketika ini, ibu bapa mertua Allahyarham tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir kerana berada di Makkah mengerjakan haji," katanya.

Sementara itu, Shakilah enggan ditemui pemberita kerana masih bersedih.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bekoh, Tangkak, selepas solat Asar, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Johari Masom berkata, seramai enam anggota membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Jasin, Balai Bomba Jasin Bestari serta unit Skuba Jalan Kubu Baru dikejarkan ke tempat kejadian untuk usaha mencari dan menyelamat.

"Operasi menyelamat sukar kerana kedalaman kawasan air terjun lebih lima meter menyebabkan kita terpaksa meminta bantuan unit skuba,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dan dibawa naik kira-kira 12.20 tengah hari tidak jauh dari tempat mangsa menyelamatkan adiknya.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan tiada kesan luka pada badan mangsa. Anggota bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit membawa naik ke darat dan mayatnya dihantar ke Hospital Tangkak sebelum dituntut waris,” katanya.



MAIN MERCUN ROKET DI CELAH JUBO...LAWAK BANGANG

Akibat tidak sayang punggung, akhirnya mamat bangang kat bawah ni terpaksalah tidur meniarap selama seminggu lebih. Padan muka, sape suruh bangang sangat!! - SUMBER MalaysiaSensasi

Biodata Zairil Khir Johari

Zairil Khir Johari (lahir 17 Oktober 1982) adalah seorang ahli politik muda Malaysia yang telah menceburi diri dalam kancah politik negara dengan slogan – “Malaysia untuk Rakyat Malaysia”. Penglibatan beliau dalam politik adalah kesinambungan warisan bapanya, seorang pejuang kemerdekaan dan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Beliau menyertai DAP pada 2010.[1]Beliau mengakui bahawa sesetengah pengkritik telah melebelkan tindakan beliau menyertai DAP dianggap sebagai 'derhaka' kepada bapanya, Mohamed Khir Johari seorang pengasas UMNO .[2]
Zairil merupakan ahli yang terpilih dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu sebuah parti pembangkang Malaysia. Jawatankuasa tersebut mempunyai 29 lagi ahli, dengan 20 orang merupakan ahli yang terpilih manakala yang lainnya merupakan lantikan.
Sebelum menceburi diri dalam bidang politik, Zairil telah mengasaskan RND Chocolate Labs, sebuah syarikat pembuat coklat tempahan khas yang berpusat di Subang Jaya, Selangor, Malaysia.[perlu rujukan]
Digelar sebagai seorang pemikir, Zairil merupakan penceramah yang terkenal dalam lingkungan intelek dan ilmuan.[perlu rujukan] Beliau juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif[3], badan pemikir kerajaan negeri Pulau Pinang, di samping menjadi ahli lembaga pengarah PDC Consultancy, sebuah anak syarikat perbadanan pembangunan ekonomi negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.[4]
Zairil juga seorang yang gemar menulis dan merupakan penulis ruangan bagi The Malaysian Insider. Beliau juga mempunyai blog sendiri[5], di samping bergiat dalam laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Biografi

Zairil adalah anak kepada seorang ahli politik terkenal Malaysia, Allahyarham Tan Sri Md Khir Johari, yang merupakan salah seorang pemimpin pengasas United Malays National Organisation (UMNO), iaitu parti politik terbesar Malaysia dan sebahagian daripada gabungan multi-parti Barisan Nasional.
Kerjaya awam Tan Sri Khir menjangkau lima dekad bermula dari 1946 sebagai Setiausaha SABERKAS dan kemudiannya Setiausaha-Agung UMNO pada tahun 1954. Pada tahun 1955, beliau telah bertanding dalam pilihan raya persekutuan yang pertama dan telah memenangi kerusi Kedah Tengah. Beliau kemudiannya telah terpilih semula sebanyak empat kali. Selain daripada jawatan-jawatan penting dalam parti, Tan Sri Khir juga telah memegang beberapa portfolio kementerian seperti Menteri Perdagangan dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pertanian dan Koperasi. Sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1957, beliau bertanggungjawb untuk melaksanakan Ordinan Pelajaran 1957yang telah memperkenalkan banyak perubahan kepada sektor pendidikan Malaysia. Tan Sri Khir juga bergiat aktif dalam bidang kesukanan Malaysia. [6]
Tan Sri Khir telah dikurniakan pelbagai anugerah dan bintang darjah kebesaran bagi menghargai sumbangan dan perkhidmatan beliau kepada negara dan masyarakat, termasuk darjah Panglima Mangku Negara (PMN) pada tahun 1986 yang membawa gelaran Tan Sri, serta darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato’ [7]
Dari segi politik, Zairil mendakwa bukan sahaja dipengaruhi kerjaya politik Tan Sri Khir Johari tetapi juga mentornya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia. Tunku dan Tan Sri Khir merupakan kawan karib selama 48 tahun.
Zairil adalah graduan School of Oriental and African Studies, University of London, di mana beliau telah menerima ijazah Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi. Sebelum itu, beliau telah mengaji di Universiti Multimedia di Cyberjaya dimana beliau telah menerima ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat.
Semasa pengajiannya di London, Zairil telah terdedah kepada isu-isu hak asasi dan demokrasi di serata dunia. Beliau juga telah mendalami minatnya dalam pembangunan sosial dan politik melalui pengajiannya tentang era pasca Perang Dingin, tragedi September 11 serta imperialisme Amerika Syarikat.
Setelah kembali ke Malaysia, Zairil telah menubuhkan RND Chocolate Labs, di mana beliau memegang jawatan CEO ataupun sepertimana beliau suka menggelarnya, “Chocolate Eating Officer”.
Pada akhir tahun 2010, atas pengaruh warisan politiknya dan kerana kebimbangannya tentang keadaan politik di Malaysia, beliau telah meninggalkan dunia perniagaan untuk melibatkan diri dalam politik secara sepenuh masa.

Kerjaya Politik

Kemasukan ke dalam Politik

Pada tahun 2010, Zairil menyertai | DAP, sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1966, dan telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pada 23 Februari 2011. Di Kongres Kebangsaan DAP pada bulan Disember 2012, Zairil terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan. Beliau juga ahli termuda CEC penggal ini.
Dalam sebuah wawancara dengan portal berita The Rocket sejurus selepas penglibatannya dalam politik arus perdana dan pelantikannya sebagai Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil menjelaskan kenapa beliau menceburi politik. “Saya memang selalu minat dengan politik. Pada zaman muda, ia hanya sekadar minat secara umum, tetapi saya senantiasa peka kepada perkembangan negara. Saya rasa politik itu menarik kerana keputusan-keputusan yang dibuat akan mempunyai impak kepada masyarakat.
“Kerana bapa saya (Allahyarham Tan Sri Khir, mantan Menteri Pelajaran yang telah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri) merupakan seorang ahli politik yang telah lama berkhidmat, lantas minat saya lebih mendalam kerana pendedahan awal kepada dunia politik. Sejak kecil, saya selalu memerhatikan perbualan-perbualan antara kawan-kawan bapa saya yang berkisar pada politik.

DAP

Keputusan Zairil untuk menyertai DAP dan bukan parti bapanya, UMNO, telah mencetuskan debat dalam masyarakat Malaysia.
Ditubuhkan pada 18 Mac 1966, DAP, yang menggunakan Roket sebagai simbol parti, telah mengambil bahagian dalam 10 pilihan raya umum dari 1969 hingga 2008 [8]. Walaupun lama dilihat sebagai parti yang mewakili kepentingan masyarakat Cina Malaysia [9], DAP mencabar imej ini melalui agenda politik yang menekankan pembinaan negara yang menggalakkan penyepaduan semua rakyat.
Dalam Pilihan Raya Umum 1999, DAP telah bergabung dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) untuk menghadapi perikatan politik Barisan Nasional (BN), atas dasar menentang politik BN yang didakwanya sebagai angkuh, pemerintahan tidak demokratik dan penindasan hak asasi rakyat Malaysia [10]. Dua tahun kemudian, DAP telah menarik diri daripada perikatan tersebut ekoran pendirian PAS untuk membentuk Negara Islam, sebuah konsep yang pada pandangan DAP tidak serasi dengan masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia.
Zairil berasa bahawa DAP mempunyai pendirian yang serasi dengan jiwanya, iaitu pendirian politik yang inklusif. Dalam wawancara dengan [[The Rocket] pemimpin muda ini telah memberi sebab-sebab berikut kenapa beliau memilih DAP,:
(1) Sahabat-sahabat lama bapanya telah menasihati supaya menilai dengan sendiri situasi di peringkat akar umbi. Oleh itu, Zairil telah meluangkan masa dan berinteraksi bersama ahli-ahli pelbagai parti.
(2) Dalam masa ini, beliau telah berkenalan dan menjalin hubungan rapat dengan Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera.
(3) Beliau mendapati bahawa kepimpinan DAP telah menunjukkan prestasi yang baik, khususnya dalam pentadbiran Pulau Pinang.
(4) Setelah berasa selesa, beliau telah mengambil keputusan untuk menyertai DAP.
(5) Beliau memilih DAP dan bukan UMNO kerana mendakwa bahawa "semangat perjuangan” UMNO yang lama sudah tidak wujud dalam UMNO, dan sebaliknya kini membara dalam jasad yang lain seperti DAP dan parti-parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat. [11]
Dalam pelantikan Zairil sebagai Setiausaha Politik, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah memberitahu pihak media [12] bahawa pelantikan Zairil adalah berdasarkan kebolehan dan kelayakan beliau dan bukan atas sebab kaum.
“Hakikat bahawa Zairil itu Melayu,” kata Lim, “adalah kebetulan semata-mata. Beliau dilantik bukan sebab beliau Melayu tetapi sebab beliau seorang individu yang berilmu. Malah beliau mungkin boleh mengajar saya beberapa perkara yang saya tidak tahu.”

Ahli CEC

Pemilihan CEC yang diadakan pada bulan Disember 2012 telah terjejas akibat kesilapan teknikal komputer. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 telah menunjukkan bahawa Vincent Wu Him Wen telah terpilih ke dalam CEC. Akan tetapi, DAP telah mengadakan sidang akhbar pada 3 Januari 2013 untuk mengumumkan kesilapan teknikal dalam komputer dan mengesahkan bahawa Zairil adalah calon sebenar yang terpilih sebagai ahli CEC [13]. Ini telah diikuti dengan perletakan jawatan Pooi Weng Keong, iaitu pegawai pengurus yang bertanggungjawab atas penyeliaan proses pengiraan undi [14].

Pendirian Politik

Sejak permulaan kerjaya politiknya, Zairil senantiasa menekankan dua isu makro – penubuhan identiti Malaysia yang tercerai daripada unsur perkauman melalui sistem politik yang lebih inklusif; dan keperluan untuk pemencaran kuasa pusat di Malaysia dengan dua matlamat – tadbir urus bersih dan telus, serta pemerkasaan rakyat [15].
“Jelas, kuasa (dari segi undang-undang dan kewangan) harus diagihkan dengan rasional, bukan sahaja dalam lingkungan kuasa Putrajaya tetapi juga kepada peringkat negeri dan kerajaan tempatan di mana sesuai. Pengagihan kuasa dari segi undang-undang, politik, kewangan dan tadbir urus adalah diperlukan untuk memastikan keberkesanan operasi serta untuk mengelakkan pemusatan kuasa yang bahaya di tampuk pentadbiran.
“Pada masa yang sama, pengagihan kuasa juga akan memenuhi hak demokratik rakyat dengan pemerkasaan kerajaan negeri dan tempatan,” tulis beliau dalam rencana untuk The Malaysian Insider.
Teras Zairil adalah untuk bergerak jauh daripada politik perkauman, menubuhkan sistem dwi-parti, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam tadbir urus, serta tindakan afirmatif berdasarkan keperluan, latar belakang sosio-ekonomi dan lokasi geografi, dan bukan warna kulit [16].

Malaysia untuk Rakyat Malaysia

Dalam kebanyakan ucapan, debat dan wawancara medianya, Zairil selalu menyokong pembentukan masyarakat Malaysia yang tidak jumud dan berjiwa besar. Beliau juga konsisten menentang pengasingan rakyat Malaysia berdasarkan kategori perkauman seperti Melayu dan bukan Melayu. Sejajar dengan pandangan itu, Zairil senantiasa menegaskan bahawa identiti utamanya adalah sebagai rakyat Malaysia. Mengikut laporan berita dalam The Rocket [17], ahli politik ini dipetik sebagai berkata bahawa beliau “percaya dalam konsep Bangsa Malaysia”.
Dalam laporan yang sama, Zairil menjelaskan bahawa Bangsa Malaysia tidak harus dikelirukan dengan konsep perkauman, tetapi ia adalah identiti yang boleh dikongsi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, kasta, kepercayaan atau agama.
“Kenapakah harus saya dikenalpasti oleh kaum nenek moyang saya? Saya berbangsa Malaysia,” ujar Zairil.

Agenda Politik

Agenda politik Zairil mengambil pendekatan serampang dua mata: isu-isu kebangsaan dan negeri. Beliau senantiasa memperjuangkan reformasi dalam pendidikan, undang-undang dan sektor politik, dan pada masa yang sama juga menekankan keperluan untuk penyelesaian bagi isu-isu perancangan bandar, perumahan dan ekonomi negeri Pulau Pinang.
Dalam aspek sistem pendidikan Malaysia, Zairil telah menuntut supaya ia diceraikan daripada politik, [18]. Beliau dipetik sebagai berkata bahawa Jabatan Pelajaran harus dijadikan entiti asing daripada Kementerian Pelajaran, kerana sistem sedia ada menjadi rumit apabila Menteri mencampur tangan. Zairil juga mencadangkan panel bebas yang terdiri daripada semua pihak berkepentingan untuk memantau jabatan tersebut.
Zairil juga giat memperjuangkan kebebasan sivil di Malaysia. Dari segi undang-undang, beliau menggesa reformasi dalam kerangka undang-undang dan kehakiman negara. Beliau juga kuat membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang baru dimansuhkan [19], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar daripada kegiatan politik, serta Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mengharamkan “perhimpunan bergerak” dan juga memberi kuasa kepada polis untuk mengawal pengisian dan perjalanan mesyuarat awam.

Isu-isu Pulau Pinang

Dari segi isu-isu yang berkaitan dengan Pulau Pinang, Zairil telah menulis bahawa, “Dalam usaha Pulau Pinang untuk menjadi bandar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, adalah penting untuk merubah warisan susuk bandar yang tidak terancang baik. Dengan kata lain, kita harus membentukkan bandar lestari yang mampu menghubungkan orang, melalui prasarana umum yang berkesan, kepada perumahan, kemudahan, tempat pekerjaan dan perdagangan. [20]
Dalam isu perumahan, beliau pernah berkata bahawa terdapat ketidakpadanan antara bekalan dan permintaan. Oleh itu, perubahan radikal diperlukan. “Walaupun masalah perumahan Pulau Pinang nampak unik, sebenarnya faktor-faktor asasnya adalah sama di serata negara. Oleh itu, apa yang diperlukan bukan sahaja untuk Pulau Pinang, malah untuk seluruh Malaysia, adalah pengkajian semula dasar-dasar perumahan dan perancangan yang ketinggalan zaman dan tidak lestari,” tulis beliau dalam rencana untuk The Malaysian Insider [21].

Penang Institute

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif [www.penanginstitute.org | Penang Institute], iaitu badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Zairil telah menerajui aktiviti-aktiviti yang berjaya menyebarkan pengaruh Pulau Pinang di pentas kebangsaan dan antarabangsa, serta menyediakan penyelesaian realistik bagi keperluan ekonomi dan sosial rakyat di serantau Pulau Pinang [22].
Di bawah kepimpinan Zairil, Penang Institute telah berjaya melakarkan nama sebagai salah satu badan pemikir yang utama di Malaysia yang kerap menjadi rujukan kepada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pelbagai isu seperti pendidikan, pembangunan lestari dan ekonomi.
Penang Institute juga rajin menganjurkan pelbagai aktiviti umum seperti rundingan meja bulat dalam isu desentralisasi atau pengagihan kuasa pusat. Di samping itu, Penang Institute juga banyak mempromosikan isu kebudayaan dan keintelektualan Melayu menerusi siri Forum Nusantara yang “yang bertujuan untuk mengetengahkan pandangan alam dan budaya fikir cendekia, sasterawan, budayawan dan institusi-institusi keilmuan yang berkait sama ada secara langsung atau tidak dengan kebudayaan Pulau Pinang dan rantau Nusantara secara am.” [23]
Atas usaha Zairil, Penang Institute juga telah menganjurkan Festival P Ramlee yang telah berlangsung selama sebulan dari bulan Disember 2012 hingga Januari 2013 bagi meraikan jasa dan sumbangan Seniman Agung yang berasal dari Pulau Pinang [24].
Penang Institute juga sering menganjurkan siri kuliah antarabangsa. Pada tahun 2012, pelbagai tokoh ilmuan antarabangsa telah dibawa ke Pulau Pinang untuk kuliah-kuliah umum, seperti ahli falsafah Islam kontemporari Profesor Tariq Ramadan serta pakar ekonomi dunia dan pejuang pembangunan lestari Profesor Jeffrey D. Sachs.
Penang Institute juga telah menubuhkan gabungan “ASEAN Coalition for Clean Governance (ACCG)” [25], di mana persidangan julung kali telah diadakan pada bulan Jun 2012. Pelbagai peserta dari tujuh buah negara serantau telah hadir. Antara pemimpin-pemimpin yang turut menghadiri persidangan tersebut adalah mantan Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva, mantan Ketua Lembaga Audit Indonesia Dr Anwar Nasution dan pengerusi bersama badan pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. Pada bulan Disember 2012, mantan Presiden Indonesia Dr | Bacharuddin Jusuf Habibie telah menghadiri kuliah khas sempena ACCG.

Ahli Parlimen Bukit Bendera

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5hb Mei 2013, Zairil Khir Johari telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan jumlah undi sebanyak 45,591 mengalahkan calon dari Barisan Nasional dengan majoriti 32,778. [26]

Kehidupan Peribadi

Zairil sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dalam masa lapangnya, beliau suka membaca, memasak, menonton wayang dan gemar makan.


sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Zairil_Khir_Johari

2013 : Senarai Jawatankuasa Kepimpinan Pusat DAP

PETALING JAYA - Berikut senarai barisan kepimpinan DAP Pusat selepas pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP, di sini, hari ini.
  
Anggota CEC bagi tempoh 2013 dianggotai 20 ahli yang dipilih dan 10 lagi dilantik, tidak berubah berbanding barisan kepimpinan yang dipilih pada Disember, tahun lepas.
  
20 Anggota CEC Dipilih:

1. Liew Chin Tong (1,438 undi)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1421)
4. Gobind Singh Deo (1409)
5. Lim Guan Eng (1,304)
6. Chong Chieng Jen (1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lan (1,193)
10.Teng Chang Khim (1,164)
11.Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12.Zairil Khir Johari (1,132)
13.Teresa Kok Suh Sim (1,127)
14. Chong Eng (1,111)
15. M.Kula Segaran (1,088)
16. Tan Kok Wai (1,088)
17. Teo Nie Ching (1,081)
18. Boo Cheng Hau (961)
19. Nga Kor Ming (956)
20. Ngeh Koo Ham (809)
  
  
10 anggota CEC Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu Him Ven
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong
  
Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan): Chow Kon Yeow , Dr Senator Ariffin SM Omar, Chong Chieng Jen, M. Kula Segaran, Teresa Kok Suh Sim.
  
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
  
Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan): Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Dr P. Ramasamy
  
Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun
  
Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming
  
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook
  
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong
  
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee
  
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari
  
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
  
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
  
Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau
  
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Dr Edwin Bosi, Dr John Brian Anthony, Gobind Singh Deo.
  
Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin
  
Jawatankuasa/Biro lain:

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai
Anggota: M.Kula, Dr P.Ramasamy, Tan Seng Giaw
Biro Pilihan Raya: Tan Kok Wai
Anggota: Liew Chin Tong, Anthony Loke
Biro Pakatan Rakyat: Teng Chang Khim
Anggota: Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Gobind Singh Deo, Tony Pua Kiam Wee, Vincent Wu Him Ven.
Biro Perundangan: Gobind Singh Deo
Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran
Biro Buruh: A.Sivanesan
Majlis Perundingan Dayak (baru ditubuh): Dr John Brian Anthony
Majlis Perundingan Kadazan, Dusun,. Murut (baru ditubuh): Dr Edwin Bosi
- Bernama

copy paste : http://www.sinarharian.com.my/senarai-jawatankuasa-kepimpinan-pusat-dap-2013-1.206796

SEJARAH KUMPULAN SOFEA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sofea

Kulit album pertama kumpulan Sofea
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock
Glam rock
Balada
Tahun aktif 1983 hingga 1990
Label Warnada
Bekas ahli
Nahar
Amir
Fancy
Man Rani
Zan(Alang)
Zam
Eduat
Atanka
Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986).
Kumpulan Sofea sering-kali mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik yang panas seperti dalam lagu "Hati Syaitan", "Orang Timur" (Battle Of The Bands 1), "Mata Sepet" (Battle Of The Bands 2), "Anak Liar" (1987) dan banyak lagi.[1] Selain itu mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej 'Motley Crue' dan 'Kiss' mereka.

Sejarah

Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu beliau merupakan anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.
SOFEA pada mulanya ditubuhkan oleh Allahyarham Syed Yusuf Jamalulail atau dikenali sebagai "pak syed" dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Kampung Manjoi Ipoh,Perak. Sewaktu itu SYJ hanya bermain di rumah-rumah kenduri kahwin sahaja. Ketika itu, Amir bukan vokalis asal SYJ’86,dia diambil ketika sesi ujibakat vokalis untuk kumpulan ini. Amir menyertai SYJ pada tahun 1985. Sewaktu itu rumah Pak Syed sahaja yang mempunyai studio jamming. Penyanyi asal SYJ telah pun berundur diri dari SYJ.
Pada tahun 1986, SYJ’86 telah menyertai pertandingan Battle of the Bands yang dianjurkan oleh Ali Bakar. Ketika itu,pengurus kumpulan SYJ ialah Syed Yusuf Jamalulail. Selepas itu, mereka turut disertakan dalam album Battle Of The Bands 1 & 2 dengan lagu Hati Syaitan & Orang timur (BOTB 1),manakala lagu Mata Sepet & Teruskan untuk BOTB 2. Selepas album ini dikeluarkan, Syed Yusuf Jamalulail tidak lagi menguruskan kumpulan ini kerana sering mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik lagu yang 'panas' seperti Hati Syaitan,Orang Timur & Mata Sepet dan kerana tiba masanya untuk Amir dan Man Rani menggalas tanggunjawab sebagai "pengurus". Selain itu,mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej kumpulan rock dari barat seperti ‘Motley Crue’ dan ‘Kiss’. Lantaran itu mereka menukar nama kumpulan SYJ kepada SOFEA. Idea nama SOFEA merupakan idea daripada Man Rani sempena nama kekasihnya pada masa itu iaitu Julia Sofea. Nama ini muncul ketika kumpulan SYJ ini sedang van menuju ke salah satu tempat persembahan mereka. Dan tugas pengurus kumpulan juga telah diambil alih oleh Man Rani (bassist & 2nd vocal).
Pada tahun 1987, mereka keluar dengan album pertama mereka berjudul KEMBALI. Album ini mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Warnada Sdn. Bhd. Album ini turut menggunakan pemuzik luar (sessionist) yakni Raymond Lim. Ketika itu,barisan anggota Sofea telah bertukar di posisi drum iaitu Nahar telah menggantikan Eduat kerana beliau terlibat dengan beberapa masalah kesihatan.Sebelum ini Nahar pernah bermain secara sambilan untuk SYJ,maka selepas pengunduran Eduat, mereka terus menghubungi Nahar untuk menyertai SOFEA.
Pada tahun 1988, SOFEA telah mengeluarkan album yg ke-2 berjudul ANAK LIAR.Album ini merupakan titik mercu kejayaan SOFEA apabila memenangi beberapa anugerah seperti platinum gold disc,kulit album terbaik,sound system yang baik dan sebagainya. Barisan anggota SOFEA sekali lagi bertukar iaitu Fancy telah mengambil posisi bermain gitar menggantikan Zam. Album ini juga menyaksikan Man Rani telah menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu-lagu berentak slow rock iaitu Bunga Padang Pasir & Suratan Perpisahan yang merupakan lagu "berhantu" lantas digilai oleh rocker-rocker wanita pada masa itu.Dan saat itulah Man Rani digelar "Man glamour" oleh Mama Juwie.

Pada Tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain drum & Fancy masih juga kekal di posisi gitaris untuk album ke-3 iaitu BONEKA PENTAS. Di dalam album ini kebanyakan lagu dicipta oleh anggota SOFEA sendiri. Lagu Syurga Di Hujung Jarum menampilkan Amir dengan Man rani bergabung suara sebagai penyanyi.Kali ini konsep serta imej sofea bertukar sama sekali oleh kerana permintaan syarikat rakaman.Lagu "Bungaku Kerinduan" merupakan lagu yang paling menyentuh hati kerana lagu ini ditujukan kepada isteri pertama Man Rani bernama Norbi binti Ahmad.Hasil perkahwinan beliau dkurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Amin Bin Othman Rani. Umur beliau 22 tahun.Menetap di Buntung Perak bersama opahnya.
Pada tahun 1990 sekali lagi, SOFEA telah melancarkan album mereka yang terakhir berjudul MIMPI & AIR MATA. Ketika ini,Amir selaku vokalis telah menarik diri dari terus menerbitkan album ini kerana mempunyai masalah antara ahli-ahli SOFEA. Album BONEKA PENTAS merupakan titik mula kejatuhan SYJ SOFEA ini kerana album ini rata-rata ahlinya tidak lagi mempunyai minat untuk meneruskan perjuangan SOFEA terutama Man Rani.Oleh kerana ingin "menampakkan" arwah Eduat bersama SOFEA maka akurlah mereka untuk menerbitkan album ini walaupun mereka tahu yang album ini tidak akan membuahkan hasil. Kekosongan posisi Amir diambil oleh Zan(Alang). Manakala Eduat telah pun kembali dengam mengambil semula posisi drummer yang ditinggalkannya ketika dulu daripada Nahar. Atanka pula menggantikan kekosongan posisi gitaris yang ditinggalkan oleh Fancy kerana beliau menubuhkan kumpulan LEON.
Kini, salah sorang anggota SYJ86@SOFEA telah meninggal dunia iaitu Eduat atau Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail pada 11 Oktober 2006. Al-Fatihah

Diskografi

Album studio

Kembali (1987)
Trek:
  1. "Api"
  2. "Debu Khayalan"
  3. "Ditinggalkan Keseorangan"
  4. "Garisan Di Persimpangan"
  5. "Hujan"
  6. "Kawasan Larangan"
  7. "Kehancuran"
  8. "Kembali"
  9. "Mata Sepet"
  10. "Orang Timur"
Anak Liar (1988)
Trek:
  1. "Anak Liar"
  2. "Gadis"
  3. "Suratan Perpisahan"
  4. "Godaan Syaitan"
  5. "Kejutkan Mereka"
  6. "Pabila Cinta Bersemi"
  7. "Siksa Bayangan"
  8. "Sisa Sisa Hidup"
  9. "Titik Titik Noda"
  10. "Bunga Padang Pasir
Boneka Pentas (1989)
Trek:
  1. "Kupu Kupu Malam"
  2. "Bunga Ku Kerinduan"
  3. "Boneka Pentas"
  4. "Juwita"
  5. "Sangkuriang"
  6. "Syurga Di Hujung Jarum"
  7. "Nadia"
  8. "Dewi Khayalan"
  9. "Garisan Cinta"
  10. "Pendusta"
Khudrat (1990)
Trek:
  1. "Satria Bangsa"
  2. "Ini Nasib Kita"
  3. "Khudrat kehidupan"
  4. "Skesta Cinta"
  5. "Godaan Cinta"
  6. "Senjakala"
  7. "Realiti"
  8. "Keluhan Hati"
  9. "Anak Kota"
  10. "Yik Foong Blues"
Mimpi & Airmata (1992)
Trek:
  1. "Lain Orang lain Cara"
  2. "Bersama Mimpi & Airmata"
  3. "Lu Tanggung Sendiri"
  4. "Tepian Gelanggang Cinta"
  5. "Syurga Dunia"
  6. "Rabun Di Kota"
  7. "Di Himpit Rupa Warna"
  8. "Jangan Turut Nafsu"
  9. "Lidah Bercabang"
  10. "Kota Sebuah Impian

Album kompilasi

  • Koleksi Emas Sofea/SYJ (1989)
  • Balada Sofea (1999)
  • MAY VS Sofea (2001)
Video kaset
  • Pembikinan Konsert Kotaraya (1989 / Boxoffice & Speedy Video)
  • Konsert Kotaraya bersama Sofea & Memories (1989 / Boxoffice & Speedy Video)
  • 10 Lagu Terbaik Konsert Kotaraya (1989 / Boxoffice & Speedy Video)
Video CD
  • MTV Lagenda Rock Vol. 1 & 2 - Pelbagai Artis (2000)
Rakaman semula
  • Orang Timur (2001 / Vociferation Eternity - Brutal All Stars Chapter II)
  • Hati Syaitan (2001 / Vociferation Eternity - Brutal All Stars Chapter II)
  • Orang Timur (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Hati Syaitan (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Mata Sepet (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Bunga Padang Pasir (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Kembali (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Syurga Di Hujung Jarum (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Titik-Titik Noda (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Anak Liar (2002 / ACAB - Orang Timur)
  • Kawasan Larangan (2003 / Sil Khannaz(Jaie) - Darah Muda)
  • Orang Timur (2003 / Vibra - Kepala Batu)

Anugerah
  • Anugerah Cakera Emas, album Anak Liar terjual melebihi 25,000 unit di Malaysia (1988)
Konsert
  • Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur (2 Feb. 1986)
  • Konsert Battle Of The Bands jelajah Malaysia (sepanjang 1986)
  • Konsert Ipoh '87 bersama pelbagai artis di Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak (3 Okt. 1987)
  • Konsert Kotaraya bersama artis-artis rock di Stadium Negara, Kuala Lumpur (1989)

Ahli kumpulan

BATTLE OF THE BANDS:
Vokal - Amir/Wan Taring (Wan Taring hanya menyanyikan 3 buah lagu sebelum digantikan dengan Amir)
Gitar - Zam
Bass - Man Rani
Drum - Eduat
ALBUM KEMBALI:
Vokal - Amir (Amirrudin bin Zulkefly; lahir 1962)
Gitar - Zam (Zamri Shafie)
Bass - Man Rani (Othman Rani bin Mohd Tajry; lahir 1963)
Drum - Nahar
ALBUM ANAK LIAR:
Vokal - Amir
Gitar - Fancy (Ramlie Adnan; lahir 1963; berkahwin dengan Anita Sherox; pernah menyertai kumpulan Angel Hearts, GET & kumpulan pop Leon)
Bass & Vokal - Man Rani
Drum - Nahar
  • Ujang hanya mengantikan Nahar untuk sesi bergambar sahaja kerana ketika itu Nahar tidak dapat hadir untuk sesi itu

ALBUM BONEKA PENTAS:
Vokal - Amir
Gitar - Fancy
Bass & Vokal - Man Rani
Drum - Nahar (Raja Nahar bin Raja Horman; lahir 1960; telah menyertai kumpulan Burnmarks, Babylon & Lipan Bara)
ALBUM KHUDRAT:
Vokal - Allang
Gitar - Amir
Bass - Addy
Drum - Junn
ALBUM MIMPI & AIRMATA:
Vokal - Zan
Gitar - Atanka
Bass - Man Rani
Drum - Eduat (Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail; lahir 1961; meninggal dunia pada 11 Oktober 2006; pernah menyertai kumpulan SYJ '90)

Pengurus kumpulan

1)Syed Yusuf Jamalulail - Pengurus SYJ
2)Man Rani - Pengurus SOFEA

29 September 2013

Calon PAS dan UMNO PRK Sungai Limau

JANDA BAIK 1 JAM DARI KL




PERJALANAN ke Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang hanya mengambil masa kurang sejam dari Kuala Lumpur.
Walaupun penulis cuba untuk melelapkan mata, usaha itu ternyata gagal kerana tempoh perjalanannya yang singkat.
Namun, timbul persoalan di minda mengapakah perkampungan yang terletak 600 hingga 800 meter dari aras laut ini diberi nama Janda Baik?
Maklumat setakat 2006 memberikan butiran bahawa terdapat 34 ibu tunggal menetap di perkampungan yang mula didiami sejak awal tahun 1920-an ini.
Sebenarnya, nama kampung ini digarap sempena pertemuan semula sepasang suami isteri yang merupakan Orang Asli yang telah lama terpisah.
Menurut cerita seorang penduduk asal, Mat Sabri Malek, nama kampung ini diambil sempena pertemuan semula sepasang suami isteri Orang Asli yang telah lama terpisah itu.
“Orang Asli di kawasan berkenaan termasuk Tok Batin dan isterinya bekerja di sawah padi huma yang diusahakan oleh tiga peneroka awal kawasan itu yang hanya dikenali sebagai Haji Rahman, Haji Kadir dan Haji Ismail selepas banjir besar melanda pada tahun 1926.
“Namun, berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri itu.
“Tok Batin yang merupakan si suami merajuk sebelum membawa diri ke Selangor. Isterinya pula berhijrah ke Negeri Sembilan,” katanya.

KAWASAN air terjun Janda Baik yang masih terjaga keasliannya.



Tambahnya, selepas beberapa tahun, pasangan itu terpisah, mereka kembali semula ke kampung berkenaan.
“Kemudian, penduduk bercadang untuk menamakan kampung mereka sempena peristiwa ‘janda berbalik’ itu.
“Namun, pegawai daerah ketika itu, seorang Inggeris memberikan nama ‘Janda Baik’ bagi menggambarkan keharmonian rumah tangga penduduk kampung tersebut,” jelas Mat Sabri.
Sebenarnya, perkampungan ini bukan sahaja sarat dengan aura alam semula jadi yang menggamit hati bukan sahaja kepada penggemar alam semula jadi malah kepada mereka yang ingin lari daripada kebisingan kota.
Sebaik sahaja melalui pintu gerbang, kedatangan para pengunjung akan disambut dengan sebuah kedai buah dan kedai makan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Juhaini Abdullah serta Halimah Ahmad.
Tanah subur
Mereka telah menjalankan perniagaan itu selama lima tahun.
Kata mereka, tanah Janda Baik cukup subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian kerana parasnya yang agak tinggi dari aras laut selain faktor kimia tanahnya.
“Pokok durian, manggis, langsat dan pisang berbuah hampir pada setiap masa malah durian tiada musimnya.
“Boleh dikatakan pada setiap bulan, ada sahaja durian yang berbuah. Jadi, kami sebenarnya tidak pernah putus dengan bekalan ‘raja buah itu,” kata Halimah sambil tersenyum.
Kru Jurnal turut berpeluang merasai buah durian jenama Kampung Janda Baik dan ternyata memang sedap.
Tarikan perkampungan yang mempunyai 2,800 orang penduduk ini bukan sahaja buah-buahan tetapi juga sayur-sayuran yang segar dan bebas kimia.
Menurut seorang pemandu pelancong, Rozi Sarip, sayur-sayuran di Janda Baik hampir setanding dengan yang terdapat di Cameron Highlands, Pahang.
“Cuma di sini (Janda Baik) tidak sesuai untuk tanaman strawberi dan teh tetapi sayur-sayuran seperti kacang panjang, botol, tomato serta terung adalah bebas daripada penggunaan racun perosak.
“Malah, sumber pengairan daripada air bukit adalah bersih,” katanya.


DURIAN KAMPUNG jenama Janda Baik tidak kurang kesedapannya berbanding durian lain di pasaran.



Gunung Nuang
Rozi yang berpengalaman selama 13 tahun membawa pendaki Gunung Nuang menambah, tidak ramai yang mengetahui gunung itu boleh didaki melalui Janda Baik.
“Pada kebiasaannya, ramai pendaki tegar mendaki Gunung Nuang dari Hulu Langat, Selangor. Namun, melalui Janda Baik lebih mencabar.
“Anda perlu melalui rimbunan pokok buluh yang rendang sehingga perlu tunduk dan mendaki bukit yang agak curam,” katanya.
Rozi menjelaskan, perjalanan sepanjang lima kilometer akan menemukan para pendaki dengan Air Terjun Janda Baik yang airnya sejuk dan tidak tercemar.
Kru Jurnal berpeluang mendaki sebelum sampai ke kawasan air terjun itu.
Namun, uniknya, bagi penduduk Orang Asli di Janda Baik, mereka hanya menggunakan laluan yang sempit sebagai medium untuk memungut hasil hutan seperti ulam, rebung dan buluh.
Motosikal digunakan untuk mengambil hasil hutan itu pada radius ketinggian 1,000 meter dari aras laut.
Walaupun ekologi alam semula jadi perkampungan ini masih terjaga, Janda Baik pernah digemparkan dengan penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian tidak terkawal.
Situasi itu turut didorong pembinaan calet dan resort secara drastik menyebabkan suhunya tidak lagi sesejuk seperti awal 90-an.
Menurut seorang penduduk, Roslan Ismail, pada awal 1990-an,suhu Janda Baik terlalu sejuk.
“Sampai menggigil. Biasanya pada waktu 5 petang sudah mandi. Bayangkan sehingga pukul 12 tengah hari, kami perlu memakai jaket tebal untuk memanaskan badan.
“Tetapi kini agak panas sedikit kerana penerokaan haram hutan tidak terkawal untuk aktiviti pertanian berlaku pada empat tahun lalu” katanya.
Tambahnya, dahulu minyak kelapa yang digunakan untuk memasak perlu dipanaskan terlebih dulu kerana beku.
Menurut seorang lagi penduduk, Nazer Kamaruddin, dia pernah melihat bongkah ais di sungai.
“Malah, tidak perlu meletakkan ais pada air minuman kerana ia cepat sejuk,” ujarnya.


PENDAKIAN menuju ke puncak Gunung Nuang mengambil masa selama lima jam.



Ketua kampung, Zahari Ayop mengaku berlakunya aktiviti pembalakan haram secara tidak terkawal untuk penanaman sayur-sayuran yang berlaku empat tahun lalu.
“Beratus-ratus hektar tanah telah diterokai. Malangnya, kayu balak yang bersaiz besar dibiarkan reput. Selain itu, pokok balak yang berusia beratus-ratus tahun habis musnah.
“Malah, ketika itu, jika dilihat secara kasar, bukit-bukit di Janda Baik seakan-akan habis digondol,” katanya.
Zahari menjelaskan, sungai-sungai turut tercemar kerana para petani haram menyembur racun pada tanaman mereka.
“Sungai-sungai tercemar dan penduduk kampung yang bermandi-manda akan berasa gatal di seluruh badan,” ujarnya.
Namun, tindakan pantas kerajaan negeri terutamanya jabatan perhutanan berjaya menghalang aktiviti itu daripada berlaku secara berterusan.
“Syukurlah, kerajaan negeri memantau secara serius dan terdapat tanaman semula pokok kayu jati dan cengal untuk menghijaukan semula kawasan bukit.
“Sungai-sungai yang dahulunya tercemar kini bersih seperti sediakala,” cerita Zahari.
Menurutnya, mereka juga bekerjasama dengan para pengusaha calet dan resort supaya tidak menebang pokok secara sewenang-wenangnya.
“Ada hadnya untuk penebangan pokok selain perlu menjaga kebersihan sungai,” katanya.

WATAK KARTUN YG BENAR WUJUD

Inilah dia 5 manusia yang menyerupai watak dalam kartun/animasi. Memang mereka agak mirip dengan wajah watak-watak kartun seperti Meg Griffin, Mr. Satan, Peter Griffin, Lion-O dan Lois Griffin. SUMBER malaysiasensasi.net


Meg Griffin (Family Guy)
Mr. Satan (Dragonball)
Peter Griffin (Family Guy)
Lion-O (Thundercats)
Lois Griffin (Family Guy)

KULIM : RM50-80 NILAI REMAJA 16 TAHUN

KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.
Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

"Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran," katanya.

Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.
Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.
Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.

“Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur.
"Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh," katanya.
Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.
"Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.
"Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks," katanya.
Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.
Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.
Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/remaja-tawar-khidmat-seks-rm50-rm80-1.206321

Kord Gitar Takkan Terpisah - Black

Intro: A D E x2

Verse:
A               E
Andainya kau tahu
                        D
Apa yang ada di dalam hatiku
            E
Tersimpan takkan pernah berubah

A              E
Andainya kau tahu
                        D
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
         E
Dengan cara yang berbeda
D                       A                E
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Chorus
F#m                          A               E
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku tersiksa
F#m                               A              E
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
F#m                              A              E     D
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta, yeaa ...

A             E
Takkan terpisah.....
A             E
Takkan terpisah.....

Verse 2:
A               E
Andai ku termampu
                     D                    E
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita
A               E
Mungkin ini semua
                      D                    E
Tetap menjadi satu pertanyaan slagi hati belum ada kepastian
D                      A                  E
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Chorus
F#m                          A                 E
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku tersiksa
F#m                             A                  E
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
F#m                             A              E     D
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta, ee ...

A             E
Takkan terpisah.....
A             E   D
Takkan terpisah.....

F#m     A     E
Demi cintaku...
F#m    A     E
Demi cintamu...

Chorus
F#m                         A                  E
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku tersiksa
F#m                              A                 E
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
F#m                             A              E     D
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta, oo ...

A             E
Takkan terpisah.....
A             E
Takkan terpisah.....

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku

28 September 2013

Histeria: Mangsa nampak makhluk berbulu

KUANTAN - Mangsa histeria kelmarin, Norsyafikah Saifulizan, 13, mengakui nampak dua makhluk berbulu di makmal sekolah dan di bilik air sebelum ini.

Bagaimanapun, dia hanya memaklumkan kepada guru dan tidak kisah dengan dua makhluk yang ditemui di makmal sains itu dan meneruskan pelajaran seperti biasa.

“Memang ada nampak makhluk berbulu tapi saya buat tak kisah. Masa tu saya berjalan ke  arah bilik disiplin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Norsyafikah yang juga pengawas sekolah berkata, sebelum ini, ada rakan yang mengadu melihat makhluk berkenaan di kawasan sekolah tetapi mereka tidak kisah sehingga ada gangguan kelmarin.

Katanya, selepas kejadian itu, badannya rasa panas dan fikiran buntu namun mujur ibu dan bapanya memahami dan memberi semangat selepas memaklumkan perkara itu.

“Saya mengadu pada mak dan ayah dan mereka memberi kata-kata semangat dan benarkan saya pergi ke sekolah seperti biasa,” katanya yang kini sukar tidur malam.

Norsyafikah adalah antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira yang menjadi mangsa histeria kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Pelajar lelaki dan perempuan dilihat meracau dan berlari bertempiaran di sekeliling bangunan sehingga menyukarkan guru menenteramkan mereka tetapi keadaan kembali tenang selepas perubatan Islam dilakukan seorang
pengamal perubatan.

Sementara itu, bapa Norsyafikah, Saifulizan Abdullah, 38, tidak menghalang dua anaknya meneruskan persekolahan seperti biasa walaupun bimbang dengan keselamatan mereka.

Menurutnya, dia juga tidak membawa Norsyafikah dan kakaknya, Emy Syazana berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional kerana memberi kepercayaan kepada pihak sekolah menguruskan masalah itu.

“Walaupun ada ibu bapa yang bertindak tidak membenarkan anak mereka ke sekolah tapi kami memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Namun, katanya, sebagai bapa kepada mangsa serangan histeria, Saifullizan mahu pihak sekolah memberi maklumat tepat dari semasa ke semasa kepada ibu bapa atau penjaga mengenai keadaan keselamatan selepas peristiwa itu.

Katanya, sehingga kini tiada lagi perkembangan terkini yang dimaklumkan kepada ibu bapa selain menerima surat kebenaran menjalankan rawatan di sekolah.

“Saya anggap perkara ini serius apabila ada pelajar yang mengadu mendengar bisikan yang boleh membahayakan mereka.

"Jadi saya harap ada kerjasama antara guru dan penjaga,” katanya.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/histeria-mangsa-nampak-makhluk-berbulu-1.206299

mati di hempap pokok kelapa : teluk intan

TELUK INTAN - Seorang warga emas dalam perjalanan menghantar barangan niaga ke Pasar Besar Teluk Intan maut ditimpa pokok kelapa, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku di Jalan Sungai Nibong, di sini, kira-kira jam 9.15 pagi.

Katanya, mangsa, dikenali sebagai Abdul Rashid Tahir, 72, berasal dari Sungai Lampam, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 seorang diri dari arah Sungai Nibong ke Pekan Teluk Intan.

“Setibanya di lokasi kejadian berhampiran sebuah kilang padi, secara tiba-tiba sebatang pokok kelapa yang sudah reput di sebelah kiri jalan tumbang.

“Mangsa yang kebetulan lalu di kawasan itu dihempap pokok kelapa dan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita.

Kok Liang berkata, mangsa terjatuh dan menyebabkan motosikal yang ditunggangi oleh warga emas itu bergerak lebih kurang 100 meter ke kanan jalan.

Menurutnya, orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mengalih batang pokok kelapa yang menghempap mangsa.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan.

Beliau berkata, hasil daripada bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian organ dalaman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/warga-emas-maut-ditimpa-pokok-kelapa-1.206303

kord gitar lagu melayu - Forteen – Kita

Intro: Em Am B G B Em
Em Am
Kau renunglah wajahmu
D G
Dimanakah hilangnya
C G
raut seperti dulu
Am B
bila dicemar air mata
Em Am
Ku tak mahu berpisah
D G
kerana hati masih
C G
sayang pada dirimu
Am B
Tapi harapan makin kabur
D
*
Chorus
Gm Cm F A#
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
G Cm
Sepi walaupun bila bersama
D Cm D
Dekatkan pun tetapi berjauh hati
Gm Cm F A#
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
G Cm
walaupun bibir cuba menafi
D Cm D
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Gm
Manakah kita
Em D C Am B
Em Am
Dijiwaku sengsara
D G
menanggung derita
C G
kerana cinta berubah
Am B
tapi tak mahu kehilanganmu
*ulang Chorus 2 kali

kord gitar BUKAN DIA TAPI AKU - JUDIKA


[intro] Am G F 2x 

   
Am          G         
berulang kali kau menyakiti 
   
F          C        G 
berulang kali kau khianati 
Am         G 
sakit ini coba pahami 
   
F                C        G 
ku punya hati bukan tuk disakiti 


[int] 
Am G F 

####
Am      G 
ku akui sungguh beratnya 
F                   C         G 
tinggalkanmu yang dulu pernah ada 
Am          G 
namun harus aku lakukan  
    
F                C       G  F G 
karena ku tahu ini yang terbaik 

[chorus] 
     
C         G             Am 
ku harus pergi meninggalkan kamu 
       
G              F 
yang telah hancurkan aku 
      
C         Dm           G 
sakitnya  sakitnya oh sakitnya 
Back to ## & [chorus] 
     c        G               Am 
cintaku lebih besar dari cintanya 
      
G              F 
mestinya kau sadar itu 
       
C          Dm       G 
bukan dia  bukan dia tapi aku 

Cm   Bb           G 
begitu beratkah ini 
Am     G              Dm Em G A 
hingga ku harus mengalah 

     
D       A                Bm 
ku harus pergi meninggalkan kamu 
        
A             G 
yang telah hancurkan aku 
      
F#m      C           A 
sakitnya sakitnya oh sakitnya 

     
D           A            Bm 
cintaku lebih besar dari benciku 
      
A             G 
cukup aku yang rasakan 
        
F#m        Em       A 
jangan dia jangan dia cukup aku 

G          F#m        Em      A  D 
jangan dia jangan dia cukup aku

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog