D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

3 Januari 2013

Ramai Yang Tak Tahu Diskaun 50% - HarianMetro

SHAH ALAM: Tawaran diskaun 50 peratus untuk memohon pasport antarabangsa yang bermula semalam, masih tidak diketahui umum secara meluas.
Hal ini berlaku apabila orang ramai yang tidak mengetahui mereka boleh mendapat diskaun berkenaan sekiranya tergolong dalam kumpulan warga emas dan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Pemohon, Che Dah Adon, 64, berkata, beliau tidak mengetahui tawaran itu sehingga dimaklumkan pegawai Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui pasport antarabangsanya dan suami di pejabat Imigresen Shah Alam. “Saya dan suami datang bagi memperbaharui pasport yang tamat tempoh Februari depan kerana saya dan suami, Md Salleh Senan, 66, bakal menunaikan umrah pada bulan depan.
“Bagaimanapun, apabila saya tiba di pejabat Imigresen, saya dimaklumkan kami layak untuk menerima diskaun itu. Jadi, saya dan suami hanya perlu membayar RM300 berbanding RM600 seperti sebelum ini untuk melanjutkan tempoh pasport ke lima tahun,” katanya.

Pada masa sama, Che Dah berkata, beliau juga berpuas hati dengan sistem yang digunakan kerana beliau hanya perlu menunggu dua jam sebelum mendapat pasport yang sudah diperbaharui.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog