“Dan mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang
yang khusyuk” (2:45)
Pakar sains mengatakan
sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem
pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak,
berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika
sembahyang. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal
solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan
kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat
adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian
belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot
bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun
daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat
dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran
perjalanan darah.
10. Bagi wanita,
pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi
untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian
otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ
peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan
pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak
takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut
perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan
migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus
menguatkan mentaliti seseorang.copypaste