Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Catatan Nabi Isa
telah Ditemui. Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang
mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik
perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict
XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di
Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri
Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar
Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu
mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Gambar Kitab Injil Berusia 1500 Tahun |
Dalam
satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi:
Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama
diberkati.
Dalam
satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat
sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa
Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut
laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah
Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew,
Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas
Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama
Kristian.
Gunay
berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan
dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan
bahasa Hebrew).
Beliau
berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang
ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan
samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia
dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium
Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat
tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2
juta). SUMBER