Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, mendapat kesedaran selepas dimaklumkan rakan dan bersyukur kerana selepas berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu.
Menurut Lisa, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkan mereka menganggap ia perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam.
“Ibu beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dalam Islam memang amat terbatas.
DUA beradik menceritakan pengalaman memakai susuk.
“Selain saya dan kakak, ibu, empat sepupu, tiga ibu saudara dan nenek kami turut memakai susuk. Ia bagai amalan tradisi dalam keluarga dan saya serta kakak dibawa ibu berjumpa seorang bomoh untuk memasukkan susuk sebaik saja kami akil baligh,” katanya.-SUMBER