D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

21 Januari 2013

Punca Wanita Malaysia Kurang Subur

Punca Wanita Malaysia Kurang Subur | Menurut statistik terkini, kadar kelahiran menurun setiap tahun telah menjejaskan jumlah populasi di Malaysia. Nak tahu apa punca yang menyebabkan kadar kesuburan wanita Malaysia menurun?

KUALA LUMPUR : Kadar kesuburan wanita Malaysia dijangka menurun secara mendadak pada 2015 iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 kanak-kanak pada 2007. 
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata hasil kajian kadar kesuburan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini.
PUNCA UTAMA
-Sikap mengutamakan kerjaya
-Terlepas daripada umur sesuai untuk berkahwin
-Tidak minat berkahwin
-Lebih suka untuk hidup bebas
-Sukar mencari pasangan yang sesuai kerana bilangan lelaki berpelajaran tinggi semakin berkurangan
“Hasil kajian itu membuktikan kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007,” katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua, di sini, semalam.
"Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan dalam kumpulan umur antara 15 hingga 49 tahun merosot dengan pantas dan ini boleh menjejaskan tahap populasi di negara kita pada masa depan," katanya.
Aminah berkata, punca utama masalah itu adalah sikap mereka yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. "Ada juga wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup bebas," katanya.
Kebanyakan wanita berpendidikan tinggi pula sukar mencari pasangan sesuai kerana bilangan lelaki berpelajaran lebih tinggi semakin berkurangan. "Terdapat juga wanita berkerjaya yang ingin mendirikan rumah tangga sukar mencari pasangan sesuai dan akibatnya mereka terpaksa berkahwin dengan lelaki yang lebih muda atau yang lebih rendah taraf hidup," katanya.
Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN dengan bantuan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kini mengadakan beberapa program di seluruh negara untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin pada usia sesuai.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog