Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa
dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh
dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun,
Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling
ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah
dilakukannya selama 20 tahun. Tapi pandangan negatif pada penampilan
fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini
menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua
kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang
bermaksud hamba Allah SWT. Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di
wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut
putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu
memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera
bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web
islamicmovement.org.
COPY PASTE FROM http://www.wa23r.com/2013/01/bekas-pembuat-tattoo-yakuza-kini-jadi.html
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan
Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan,
Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti
kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut
aliran kepercayaan Shinto. Pertemuan dengan orang berserba putih itu
masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu
lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi
Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat
bertemu dengannya, “katanya. Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa
untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan
ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama
Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam
Masjid besar di Jepun.