D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

12 Januari 2013

20 Pejabat Pos kena Rompak

Sepasang suami isteri mengakui merompak kira-kira 20 pejabat pos, sekurang-kurangnya di 10 wilayah selepas ditahan di Ayutthaya, kata Polis wilayah 7, Komander Harnpol Nitwiboon semalam.
Nitwiboon berkata demikian dalam sidang akhbar untuk mengumumkan penahanan Wichai Sawangyart, 29, dan isterinya, Somkid Chuenrutai, 20.

Pasangan itu ditahan Rabu lalu bersama wang tunai dan bahan rompakan lain, dua pucuk pistol .38 dan 22 calibre di sebuah kampung di daerah Bang Sai, Ayutthaya. Mereka didakwa dengan pelbagai tuduhan rompakan bersenjata dan memiliki senjata api serta bahan letupan tanpa lesen. Pada 30 November lalu, dua suspek itu dipercayai mengacukan senjata ke arah kakitangan pejabat pos di tambon Bang Luang, di derah Bang Len, Nakhon Pathom. Mereka melarikan diri dengan wang tunai bernilai lebih 130,000 baht (RM392,664). Selepas rompakan itu polis membentuk pasukan untuk memburu mereka. Pasangan itu turut merompak pejabat pos lain dan kedai serbaneka di kawasan sekitar di mana tiada terdapat pengawal keselamatan. Kedua-duanya mengakui terbabit dalam 20 rompakan, tetapi menafikan ada mencederakan sesiapa. Wang rompakan itu banyak dihabiskan untuk dadah.SUMBER

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog