Pagi
tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai
konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan
ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah
Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila menghayati
ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat
didalam ayat
2 ini, dan
sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya
Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu
menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti
kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....
Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu:
"Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI,
dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu)
kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba
Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah
di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa
itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan
BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)
[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada
kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu
dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu
kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu
lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka
(kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila
sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami
datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan
penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis)
sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk
menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan
sehancur-hancurnya.
Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera
Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin
seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan
dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel
akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............
Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi
manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab
untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........
AmranSimple -SUMBER