Semenjak bernaung di bawah syarikat rakaman
antarabangsa, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai sememangnya jarang
untuk berada di Malaysia berikutan terikat dengan jadual dari syarikat
rakaman di sana.
Terbaru, pengurus kepada Yuna, Nor Zaina Wardah (Wawa) memberitahu yang Yuna terpaksa menarik diri daripada beraksi di pentas Final Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang akan berlangsung Ahad ini.
Lagu Terukir Di Bintang antara lagu-lagu yang akan dipertandingkan pada malam final AJL27 itu nanti.
Sebab utama Yuna terpaksa menarik diri adalah kerana penyanyi itu sedang dalam proses rakaman lagu terbarunya bersama syarikat rakaman yang baru dinaunginya di Los Angeles.
Bagaimanapun, Yuna membenarkan lagunya iaitu Terukir Di Bintang dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian.-SUMBER