GAMBAR JUSTIN DAN SELENA GOMEZ DALAM BILIK HOTEL

du_02.1 (1)
LOS ANGELES – Penyebaran gambar intim penyanyi digilai ramai wanita, Justin Bieber dan teman wanitanya yang juga penyanyi popular, Selena Gomez didakwa dimuat naik oleh seorang peminat di laman Twitter pada Selasa lepas, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu yang merupakan koleksi peribadi pasangan itu menunjukkan Bieber, 17, yang tidak memakai baju sedang duduk bersandar di sofa di sebelah Gomez, 18.
Tidak dapat dipastikan bila dan di mana gambar intim tersebut dirakamkan, namun pasangan muda itu dilihat seperti berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan.
Penyebaran gambar Bieber yang dikenali dengan lagu Baby itu bersama Gomez dikatakan mampu mengecewakan hati peminat wanita yang selama ini cukup menggilai Bieber.
Bieber dan Gomez baru-baru ini menghabiskan percutian bersama di Hawaii dengan bermalam di sebuah suite berharga AS$10,000 (RM30,305) untuk satu malam di Hotel Four Seasons.-SUMBER
Share this article :
 

VIDEO TERKINI

'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template | More Trick | IVY Themes
Proudly powered by Blogger