D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

5 Mac 2013

Yasin Sulaiman Terima Ugutan Bunuh


Kongsi Article Ini:
 15  32
 
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 37, menerima ugutan bunuh menerusi YouTube daripada pemegang akaun bernama 'Pencinta Muzik' dan 'Azzali Abdul Aziz' selepas dia memuat naik lagu ciptaannya berjudul 'Reformasi' pada 25 Februari lepas.

Ekoran insiden itu, Yasin yang diwakili peguamnya Yusmadi Yusoff Yasin telah mengadakan satu sidang media bagi mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Menurut Yasin yang baru dilantik menjadi duta Angakatan Muda Keadilan (AMK) pada 18 Februari lepas, buat masa ini dia enggan membuat laporan polis kerana masih ingin memberi peluang kepada pengugut untuk menghentikan isu ini.

"Kami akan membuat laporan polis sekiranya perkara ini berterusan. Tapi sekiranya pengugut tersebut tampil ke hadapan dan memohon maaf, saya sedia memaafkannya," ujar Yasin.

Menurut Yasin lagi, dia menulis lagu 'Reformasi' ini hanya untuk berkongsi suara hatinya tentang perjuangan untuk membangunkan masyarakat.

"Saya tidak memburukkan mana-mana pihak menerusi lirik lagu itu. Sebaliknya, ia menceritakan tentang kebangkitan rakyat terutamanya di kalangan orang muda."

Yasin turut meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan sesetengah masyarakat yang begitu mudah menabur fitnah dan bersikap keterlaluan seperti mengancam keselamatan orang lain.

"Ugutan bunuh ini merupakan budaya kuno. Sebagai orang seni, saya ingin melihat budaya ini dihentikan," tambah Yasin yang turut berkongsi bahawa terdapat ramai lagi selebriti yang mahu berkongsi pandangan mereka tentang politik namun bimbang perkara seperti ini berlaku.

Pada masa yang sama, Yusmadi selaku peguam Yasin menyatakan bahawa undang-undang Malaysia tidak melarang orang seni untuk berkarya sebaliknya usaha mereka disokong sepenuhnya.

"Persidangan di Parlimen sering membincangkan tentang isu-isu berkaitan industri seni seperti royalti, ekonomi dan sebagainya. Sudah tiba masanya untuk membincangkan tentang keselamatan artis pula," ujar Yusmadi.

Selain itu, Yusmadi turut memaklumkan bahawa keistimewaan negara ini adalah hak kebebasan bersuara yang diberikan kepada rakyat. Maka, Yasin juga bebas mengekspresikan pandangannya mengenai sesuatu isu.

"Seperti yang kita maklum, Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara, jadi Yasin juga bebas meluahkan pendapatnya menerusi lagu. Kita seharusnya menggunakan keistimewaan ini sebaik mungkin dengan niat yang baik," ujar Yusmadi lagi.

Biarpun menerima ugutan bunuh kerana menyokong perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yasin tidak akan mundur dan akan terus bersemangat menyokong parti itu. Bagaimanapun, Yasin memaklumkan, dia bukan ahli berdaftar PKR.

"Saya bukan ahli PKR dan tidak berniat untuk aktif dalam politik. Saya hanya duta AMK yang menyokong perjuangan parti itu yang saya anggap sejajar dengan generasi saya dalam menerajui negara ini," ujar Yasin berterus-terang.

sumber :http://www.gua.com.my/berita-artis/Yasin_Sulaiman_Terima_Ugutan_Bunuh.html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog