D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

15 Mac 2013

Maut Jatuh Tingkat 24


GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila terjatuh ketika sedang melakukan kerja pemasangan di sebuah tapak pembinaan di Gelugor, pagi semalam.
Mangsa, Loh Zhi Hao, 19, maut di tempat kejadian dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan.
Difahamkan, mangsa terjatuh ketika sedang memasang bingkai aluminium berhampiran balkoni di salah sebuah unit pangsapuri di tapak pembinaan di Lebuh Tengku Kudin 3, Gelugor.
Rakannya, seorang warga Myanmar berkata, dia terkaku ketika melihat mangsa terjatuh dan segera memberitahu pekerja lain selepas menyaksikan insiden tragis yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu.
Mangsa ditemui pada lantai tingkat empat yang bakal dijadikan ruang istirahat untuk penduduk di pangsapuri itu apabila siap kelak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Toh Paduka Idris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tidak memakai tali keselamatan ketika bekerja.
“Difahamkan, mangsa berasal dari Gurun, Kedah. Dia baru 10 bulan datang ke negeri ini untuk bekerja dengan syarikat aluminium di Bayan Lepas.
“Kita akan siasat untuk kenal pasti punca kejadian. Setakat ini, kematian mangsa tiada unsur jenayah," 
katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Ng Bee Kim, 52, berkata, anaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak lokek dengannya.
“Tahun Baru Cina baru-baru ini, dia bagi hampir satu pertiga bonusnya kepada saya. Tahun lepas, dia hadiahkan gelang pada Hari Ibu.
Saya pakai gelang itu sampai sekarang.
"Dia juga beritahu nak kahwin pada usia 25 tahun. Tapi apakan daya. Dia anak yang baik dan saya rasa hidup seperti tak ada erti lagi selepas ini.
Dialah satu-satunya anak yang saya ada," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pulau Pinang.
Menurutnya, dia membesarkan mangsa bersendirian selepas suaminya meninggal dunia sejak mangsa berusia setahun.-SINAR HARIAN

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog