KAMI baru memperoleh dua keping gambar yang dipercayai wajah sebenar pemimpin kanan pengganas militan Sulu, ‘Jeneral’ Musa dan sekeping gambar salah seorang tali barut yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23
mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah
sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan
pengganas dan pasukan keselamatan.
Satu
daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah
Taib sebagai ‘Jeneral’ Musa yang mati dalam pertempuran di kampung
berkenaan.
talibarut.."mandur" nama panggilannya...
Sekeping
gambar lagi yang kami peroleh adalah wajah salah seorang tali barut
yang dikatakan pernah bekerja membaiki rumah di sekitar kawasan
berhampiran.
Dikatakan
lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu ‘Jeneral’ Musa
sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak
jauh dari Kampung Tanjung Batu.
Namun
tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh
atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.
Hari
kelapan Operasi Daulat semalam menyaksikan dua orang lagi anggota
tentera terkorban, seorang dalam pertempuran dan seorang lagi terbunuh
apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih
hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut
sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.
teks : copy n paste dari http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/03/eksklusif-penemuan-foto-jeneral-musa.html