D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

19 Mac 2013

Biodata ustaz Kazim

Nama Penuh  : Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz 

Kerjaya  :  Pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990. 

-  Atas sambutan orang   ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, beliau telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada   orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. 

-  Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.

-  Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, hasil dari sumbangan wakaf orang ramai, beliau telah mambangunkan sebuah pusat pendidikan yang diberi nama Pusat Pendidikan Al-Barakah yang pertama pada tahun 2004 di tanah lot beralamat   61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak ( ** tanah dibeli dengan harga RM45,000 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh ) 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias (28 november 1972) atau lebih dikenali di media massa dengan panggilan Ustaz Kazim adalah seorang penceramah bebas yang terkenal di seluruh Malaysia. Ceramahnya banyak dimuatnaik di laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen & radio utama nasional dan juga ceramah perdana. Selain itu beliau juga mempunyai Rakan2 FB seperti Ahmad Naqib bin Shuid dan lain2.

Latar belakang

Ustaz Kazim dilahirkan di Kampung Paya, [Kurau], daerah Selama, Perak pada 28 Noevember 1972.Merupakan anak ke 7 dari dari 9 adik beradik. Dari pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail iaitu seorang guru agama di sekolah di Batu Kurau. Bapanya juga seorang guru agama meninggal dunia ketika beliau berusia 8 bulan. Menurut salasilah keluarga, kedua-kedua datok dan neneknya juga merupakan guru agama yang aktif di daerah Batu Kurau sekitar awal tahun 1900. Ustaz Kazim juga merupakan adik kepada YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.[1]

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah kebangsaan Besout, Sungkai Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Besaut. Disini lagi bliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Kerjaya & Pengalaman

Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak, beliau mula mengajar sebagai guru tahfiz di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada tahun 1993. Disamping itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak iaitu pusat kaunselling keluarga pada tahun 1994. Di pusat inilah beliau mula didedahkan dengan pelbagai karenah dan permasalahan keluarga. Namun walaupun dalam usianya yang muda itu, pendekatan rohaniah dan agama yang digunakan beliau mampu untuk menyelesaikan isu & masalah keluarga dan melalui kejayaannya disitu, beliau telah dilantik untuk menjadi pengarah bagi pusat kaunselling tersebut pada tahun 1996. Selain itu juga beliau adalah merupakan Imam untuk Masjid Al Aulia yang terletak di jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak sehingga tahu 2001.
Walaupun telah bermula berdakwah pada awal tahun 1990 secara kecil kecilan di surau-surau dan madrasah, namun kegiatan dakwahnya mula mendapat sambutan yang luas apabila menubuhkan sebuah pusat dakwah yang diberi nama Sedaya Irham pada tahun 2001. Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan pusat itu juga mula berjinak dalam dunia perniagaan dimana beliau telah mula menjual produk-produk kesihatan dan keperluan muslim di pusat operasi Sedaya irham di Jalan Tun Abdul Razak Ipoh. Sedaya Irham dan nama Ustaz Kazim mula mendapat perhatian masyarakat yang tertarik dengan ceramah dan hala tuju pusat kelolaannya itu. Atas kesungguhan beliau mengurus tadbir Sedaya Irham dan kekuatan usahanya untuk meluaskan syiar Islam, beberapa penduduk yang prihatin dengan perjuangan Ustaz Kazim dan bersama ustaz telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan Islam di sebuah lokasi di Kg Manjoi Ipoh Perak yang dinamakan Pusat Pendidikan Al Barakah pada tahun 2005. Sekarang Pusat Pendidikan Al Barakah semakin maju dan mempunyai asset mencecah jutaan ringgit.[2]

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog