D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

15 Mac 2013

Dilema iklan lucah dalam negara


Sememangnya bukan senang membuat marketing, tapi biarlah dengan cara yang betul. Meletakkan ayat-ayat yang berbaur lucah bukanlah molek sangat.  Tambahan pula iklan yang berkaitan dengan “orang kita” yang Islam dan Melayu ni. Bagi aku sendiri sangatlah murahan idea marketing sebegini dan sangatlah memalukan kerana poster atau flyer bagi produk-produk ini disebar di pusat-pusat beli belah dan kawasan perumahan.
Hobprip
Masih banyak idea yang menarik dalam menjadikan marketing sesuatu produk itu menjadi. Tetapi mengapa ayat-ayat yang tak ketahuan juga diguna pakai. Maybe kononnya ayat-ayat ini mudah untuk di fahami orang ramai. Namun pada hakikat tidaklah begitu rendah cara pemikiran kita sehinggakan budak-budak pun mampu menilai maksud kata-kata iklan itu. Masakan iklan sebegini ada pada dinding-dinding, banner di jalanan, majalah malah ada juga dalam surat khabar sehingga ada yang di ajuk oleh budak-budak.
eu2c8X9
8dMlXCz
Ada segelintir ibu bapa resah dengan kebanjiran iklan-iklan sebegini yang sebenarnya mudah mempengaruhi minda anak-anak muda. Produk “orang dewasa” ini sepatutnya perlu dikategorikan sebagai terkawal baik dari segi penjualan mahupun pengiklanan. Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah tampil mengambil satu langkah yang terbaik dalam memastikan iklan sebegini dapat dikawal dengan cara yang lebih kena pada tempatnya.

sumber : http://www.maitengok.com/artikel/dilema-iklan-lucah-dalam-negara/

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog