Orang awam yang ditemui, Akbar Bakar berkata, tindakan isteri kepada lelaki berkenaan yang menghilangkan diri tanpa sebarang berita sejak sehari lalu menyebabkan suaminya tertekan.
“Dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah hari semalam, lelaki itu berdiri di atas pengadang tangga sambil tangannya memegang permukaan atas batu dan nekad untuk terjun.
“Isterinya mengambil masa hampir 10 minit untuk memujuk suaminya turun,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Lelaki berkenaan katanya, akhirnya turun selepas isterinya berjanji tidak akan meninggalkan rumah.
Difahamkan, pasangan tersebut merupakan orang luar dan tidak tinggal di kawasan perumahan berkenaan.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/suami-tertekan-isteri-hilang-1.141472