D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

9 Mac 2013

Biodata Karpal Singh

Karpal Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Bukit Gelugor Karpal Singh Ram Singh கர்பால் சிங் Karpal Singh.jpg

Pengerusi Nasional Parti Tindakan Demokratik
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
2004
Didahului oleh Lim Kit Siang
Kawasan Bukit Gelugor, George Town
Majoriti 21,015

Ahli Parlimen
bagi kawasan Bukit Gelugor, George Town
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
24 Mac 2004
Didahului oleh kawasan baru
Majoriti 21,015

Tarikh lahir 28 Jun 1940 (umur 72)
Parti politik DAP-100px.jpg Parti Tindakan Demokratik - Pakatan Rakyat
Pekerjaan Peguam
Agama Sikh
Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (Lahir 28 Jun 1940), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.
Beliau mengalami kemalangan dengan motosikal pada awal tahun 2005 menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Isi kandungan

Kehidupan Awal

Beliau yang dilahirkan di Kedah, mendapat pendidikan awal di St. Xavier's Institution,George Town,Pulau Pinang. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966).

Politik

Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.
Beliau ialah daripada etnik Punjabi dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah. Beliau pernah menerima jolokan sebagai "Harimau Jelutong" kerana beliau amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelumpilihanraya umum pada 1999.
Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimenataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.
Karpal Singh terlibat dalam kemalangan pada awal tahun 2005 dan sekarang sedang dalam proses pemulihan.
Pada 23 Oktober 2008, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan SriPandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap 'tidak serius dan main-main' selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriMohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.[1]
Pada 7 April 2010, Karpal Singh digantung 10 hari kerana mencerca 'diktator' terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Puncanya Speaker menolak usul Tian Chua (PKR-Batu) merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN/UMNO-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.[2]

Ditahan ISA

Beliau pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

Pendiriannya

Karpal Singh menyatakan bahawa beliau tetap tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas meskipun sudah meminta maaf di atas kenyataannya yang menyebut langkah mayat saya dulu sebelum tegak negara Islam. Bagaimanapun, beliau bersetuju jika Pas terus memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi manakala kebebasan agama lain dihormati. [3]
Karpal Singh turut menafikan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara larangan isu kalimah Allah, sebaliknya beliau menyatakan kecewa dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.[4]

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Puan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak. Salah seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang lalu.

Keputusan pilihan raya

Tahun Kawasan yang ditandingi Undian Majoriti Jumlah pengundi Lawan
1974 P Alor Setar - kalah - -
1974 N Bandar Alor Setar - menang - -
1978 P Jelutong - menang - -
1978 N Bukit Gelugor - menang - -
1982 P Jelutong - menang - -
1982 N Bukit Gelugor - menang - -
1986 P Jelutong - menang - -
1986 N Bukit Gelugor - menang - -
1990 P Jelutong - menang - -
1990 N Sungai Pinang - kalah - -
1995 P49 Jelutong - menang - -
1995 N Padang Kota - kalah - -
1999 P49 Jelutong 20716 kalah dengan perbezaan 775 undi 59372 Lee Kah Choon (BN - Gerakan)
2004 P51 Bukit Gelugor (kerusi baru) 22529 menang dengan perbezaan 1261 undi 60123 Lim Boo Chang (BN - MCA)
2008 P51 Bukit Gelugor 35140 menang dengan perbezaan 21015 undi 65614 Koay Kar Huah (BN - MCA)

Isu dan kontroversi

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog