Alhamdulillah. Tak sangka akhirnya aku dapat juga minum air buah zuriat
ni. Nilah satu-satunya ikhtiar yang aku tak pernah terfikir pun nak buat
sebelum ni dalam berTTC. Walaupun dah beberapa kali baca blog TTCian
lain cerita tentang buah zuriat, tapi tah kenapa, buah zuriat tak pernah
ada dalam list 'ikhtiar' aku. Mungkin sebab memikirkan tentang betapa
susahnya nak 'kerjakan' buah zuriat ni buat aku tak terfikir nak cuba,
kot.
And korang mestilah pelik kalau aku tak beli buah zuriat masa pergi
umrah dulu kan. Dah tentu-tentulah buat zuriat ni berlambak-lambak
dijual kat sana dengan harga sekitar 5 Riyal hinggan 10 Riyal sebiji.
Aku ada terbaca, kalau beli borong, boleh jatuh 25 sen sebiji.
Wallahua'lam. Tapi kenapa aku tak beli?
Ceritanya macam ni. Sejujurnya selama hampir 2 minggu aku di Madinah dan
Mekah, aku tak pernah terfikir nak cari buah zuriat. Mungkin kerana jemputan yang tidak diduga,
so aku tak plan langsung nak membeli apa bila dah tiba di tanah suci
nanti. Masa tu, perasaan aku memang bercampur-baur ditambah perasaan nak
berjauhan dengan Edy lagi selama 2 minggu. Haih, memang susah nak
describe. Senang kata, plan nak membeli-belah memang tak ada langsung,
lagilah kalau nak cari buah zuriat ni, memang tak terfikirlah.
Dipendekkan cerita, malam terakhir sebelum kami berangkat pulang ke
tanah air, tah macam mana, kami terjumpa satu kedai Melayu di sekitar
kedai bersebelahan hotel kami. Penjual tu orang Kelantan. Semua barang
dia jual murah pada kami. Kalau tasbih kayu koka biasanya 30 Riyal, dia
jual 10 Riyal je. Dia kata orang arab memang suka jual kayu koka mahal
sebab orang kita ni taksub sangat dengan kelebihan kayu koka walhal
harganya taklah semahal mana.
Sambil tengok-tengok barang kat kedai dia, aku ternampaklah buah zuriat
ni. Dengan tak malunya aku teruslah tanya, sebiji buah zuriat ni dia
jual berapa. Dia jawab soalan aku dengan soalan, "Nak buat mende?" Aku
jawab kononnya nak bagi kakak aku yang dah lama kahwin tak ada anak,
padahal waktu tu aku terfikir juga nak beli untuk aku. Then penjual tu
jawab, "Kenapa tak doa depan Kaabah je? Percaya sangat dengan buah
zuriat".
Danggggg!
Ok, sejujurnya masa tu aku terkedu. Kitorang datang kedai tu berlima.
Semua terdiam dengar jawapan penjual tu. Aku balik bilik tanpa membeli
buah zuriat sebab aku tengok gaya penjual tu memang tak nak jual kat
aku. Aku muhasabah diri dan beristighfar. Adakah ini satu peringatan
Allah SWT agar aku tak terlalu taksub dengan kelebihan buah zuriat?
Esoknya, sebelum buat tawaf wada' (tawaf selamat tinggal), aku pergi
lagi ke kedai melayu tu. Tapi malangnya masih belum dibuka. Memang bukan
rezeki aku nak beli buah zuriat ni masa tu. Bila difikir-fikir balik,
betul juga kata penjual tu. Kenapa tak doa depan Kaabah je. Dah
tentu-tentu doa lebih makbul di sana. Subhanallah. Mengenangkan
peristiwa itu, aku jadi malu dengan Allah. Adakah aku telah taksub
sebelum ini kepada sesuatu berbanding keyakinan pada kekuatan doa? Allah
Maha Mendengar. Bukan Dia tak nak bagi rezeki anak tu sekarang, tapi
mesti ada hikmah-Nya yang tersembunyi. Dia lebih tahu bila waktu terbaik
untuk aku peroleh kurniaan itu. Dalam berusaha, aku kenalah 100%
letakkan seluruh keyakinan kepada Allah SWT selepas berikhtiar <-- muhasabah="" span="">-->
Ok, so apa kes aku dah terminum air buah zuriat ni?
Tulah yang orang kata rezeki walaupun aku kena beli. Sebenarnya ada
seorang kawan aku tanya tentang buah zuriat ni. So aku pun promotelah
dia supaya beli kat hamilcomel.
Promote punya promote, bila aku tengok harga buah zuriat yang
hamilcomel jual agak murah, RM20 untuk sepasang (dua biji) including
postage. So, untuk memudahkan cara dan cerita, aku pun tolong belikan
untuk kawan aku ni. Alang-alang membeli, aku pun order juga untuk diri
sendiri. Memang tak ada masalah beli dengan hamilcomel. Sebelum ni pun
aku dah pernah beli Ovulation Kit. Hari ni order, esok sampai. Puas hati.
So, aku nak share sikit pengalaman aku dan Edy dengan buah zuriat ni. Sharing is caring :)
1. Gambar di bawah ni saiz buah zuriat yang aku dapat. Rasanya memang
nilah standard saiz dia kot. Tangan tu ialah tangan Edy tau.
2. Peralatan yang diperlukan untuk mengopek dan membelah:
3. Cara-cara mengopek buah zuriat:
Macam mana rasa dia? Depend kot pada jenis buah zuriat. Kebetulan pula aku dapat yang berbau harum. Macam bau koko. Air dia sedap. Macam rasa kurma + kismis tapi tawarlah. Hari ni hari kedua kami minum air buah zuriat. Sambil minum, doa Nabi Zakaria tidak dilupakan;
Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (surah ali-imran, ayat 200)
Korang nak cuba? Boleh. Tapi ingat, ini adalah salah satu ikhtiar dan
bukan kerana buah zuriat ini korang mengandung atau pun tidak. Yakinlah
pada doa. Hayati doa yang dipinta. Kalau susah untuk membaca doa dalam
bahasa arab, bacalah doa dalam bahasa yang difahami supaya apa yang kita
minta itu benar-benar dari hati dan bukan sekadar hafalan semata-mata.
Selain kita berusaha keras dengan segala ikhtiar ini, berusaha keraslah
juga dalam mendekatkan diri kita pada Allah SWT. Patuh kepada segala
perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya, rajin bersedekah, berpuasa, solat
dhuha, solat tahajud, hayati al-Qur'an, taat dan hormat pada suami,
sayangi keluarga suami, jaga hubungan kita dengan manusia, dan sentiasa
berfikiran positif. Insya-Allah, usaha kita akan diperkenan-Nya dan
tentulah kemanisan akan lebih terasa jika apa yang kita buat semuanya
adalah kerana Allah SWT <-- diri="" i="" muhasabah="" sendiri.="">-->
Semoga apa yang kita usahakan selama ini akan beroleh kurniaan dari-Nya.
Bersabarlah juga jika apa yang kita inginkan belum dikabulkan kerana
yakinlah Allah SWT ingin berikan yang terbaik buat kita semua.
Insya-Allah.