D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

15 Mac 2013

Tanda Anda Hamil - oleh dr suhaimi

Sumber artikel di bawah diambil daripada blog Dr. Suhaimi (Kelinik Wanita)

Apakah simptom-simptom kehamilan dan apa yang anda perlu lakukan?

        a. Haid Terlewat

Menanda hari pertama haid keluar setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Ada ibu yang datang bila saya tanya bilakah hari pertama darah haid terakhir, ramai yang tidak pasti. Kami kira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir!

Kami menggunakan formula Naegele untuk mengira ‘due date’. Terdapat perbezaan tarikh ‘due date’ jika kita menggunakan carta roda obstetrik yang banyak klinik-klinik pakai. Perbezaan mungkin dalam beberapa hari sahaja.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tarikh ‘due date’ jauh berbeza dengan tarikh ultrasound. Di antaranya adalah haid tidak tetap, penyusuan badan dan pengambilan pil-pil hormon, suntikan dan Implanon sebagai cara mencegah kehamilan.
Lebih kurang 40% hari.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda tidak pasti bila haid turun atau anda menyusu badan atau menggunakan hormon perancang?

Mudah saje. Segera mendapatkan imbasan ultrasound. Di antara 8 hingga 13 minggu, ultrasound memberikan ukuran yang paling tepat kalau dibandingkan dengan kandungan pada trimester 2 dan 3. Jika terdapat lebih dari 2 minggu perbezaan dari tarikh mengikut haid, maka tarikh ‘due date’ menggunakan ultrasound boleh dipakai.

Kelebihan lain selain dari untuk tarikh, ultrasound juga digunakan untuk menentukan yang kehamilan itu berlaku dalam rahim, bukan kandungan molar dan bukan juga kes-kes keguguran.

         b. Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan boleh berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu. Dalam entri yang lalu saya telah bincangkan dengan terperinci. Anda boleh semak semula.

        c. Kerap Kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.
·         
d. Keletihan/Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.

         e. Payudara Bengkak, Sakit dan Sensitif

        f. Pergerakan Bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua ke atas.

Apakah ujian awal yang anda bolih lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?

Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test (UPT). Saya rasa tunggu seminggu lewat baru ujian UPT dilakukan. Di luar sana banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT ini. Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormon yang dihasilkan oleh tisu trofoblastik kehamilan. Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja. Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang boleh positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40.

Dalam kes-kes yang ‘doubtful’/kurang pasti sama ada seseorang itu mengadung atau tidak, hCG juga boleh diukur dengan menggunakan darah. Ujian hCG menggunakan darah amat sensitif dan telah menunjukkan positif selepas persenyawaan berlaku!

Paras hCG dalam darah akan meningkat 2 kali ganda setiap 48 jam bagi kehamilan yang normal. Jika kandungan etopik, kenaikan paras hCB tidak 2 kali ganda. Bagi kandungan Molar pula, paras hCG adalah amat tinggi sekali.


Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana di bawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantungnya. Bagi saya dapat melihat kantung kandungan sudah mencukupi bagi peringkat awal dan saya akan sahkan embrio ada 2 minggu kemudian. Paling awal jantung embrio dapat dilihat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah/vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa. Janin akan mula bergerak seawal 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.

Kesimpulan dari perbincangan di atas, jika anda berasa anda hamil, lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu. Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan, di mana kehamilan ini berlaku dan memastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog