Seorang mangsa tebusan mendakwa melihat pengganas militan Sulu memiliki
mata wang Ringgit Malaysia dalam jumlah yang banyak sewaktu ditahan
baru-baru ini.
Menurut Ajmain Mahmood, (gambar) pada hari kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum mendengar kekecohan di luar.
Katanya, sewaktu dia cuba meninjau apa yang berlaku, sekumpulan
kira-kira 50 orang pengganas militan Sulu sudah bertindak menahan ramai
penduduk kampung.
"Kebanyakan mereka memakai pakaian seragam tentera, dan separuh
daripadanya memiliki senjata api seperti M16. Kemudian salah seorang
daripada mereka menampar muka saya sebelum mengacah barong (sejenis
senjata tajam).
"Selepas itu dia mengeluarkan sebuah beg plastik yang dipenuhi wang
ringgit Malaysia dan memberikannya sedikit kepada seorang lagi tebusan
untuk membeli beras,” katanya ketika ditemui di sebuah penempatan
peneroka di Lahad Datu.
Menurut Ajmain, dia juga diarahkan untuk berbuat demikian.
Tambahnya, selepas itu dia dan dua tebusan yang lain menaiki sebuah
kereta untuk mencari bekalan beras seperti mana telah yang diarahkan.
Katanya, memandang ramai peniaga menyedari insiden tersebut, kesemuanya
membuat keputusan untuk menutup premis mereka lebih awal.
"Semua kedai yang kami pergi tutup…masa inilah saya mengambil keputusan untuk melarikan diri,” jelas Ajmain.
Sebelum itu ketika ditanya mengapa dia ditampar, Ajmain berkata, wakil
puak pengganas mengesyakinya membuat laporan kepada pihak polis hingga
menyebabkan tiga rakan mereka ditangkap lebih awal.
Mengulas lanjut, Ajmain berkata, pengganas mengunakan bahasa Bajau sewaktu berkomunikasi dengannya.
Ajmain juga menegaskan tidak pernah melihat kelibat kesemua pengganas itu sebelum ini di kampung mereka.
” Terus terang saya katakan, saya sangat trauma mengenai apa yang
berlaku..apatah lagi bila mendapat tahu ada anggota polis yang dibunuh
dengan kejam oleh pengganas Sulu ini.
” Nasib baiklah tindakan saya melarikan diri kena pada masanya, jika
tidak, tak mustahil apa yang menimpa anggota polis berkenaan boleh
terjadi ke atas diri saya,” katanya.-12/3/2013
sumber : http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2013/03/pengganas-sulu-bawa-duit-malaysia.html